SEJARAH SPM

Friday 22 November 2013

CADANGAN PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 1 SPM 2013

Peraturan pemarkahan yang dipaparkan ini adalah cadangan sahaja. Jika terdapat sebarang errata, besarlah harapan chegu supaya dimaklumkan dan dikongsikan.

NO SOALAN
CADANGAN JAWAPAN
NO. SOALAN
CADANGAN
JAWAPAN
1
C
21
D
2
D
22
B
3
A
23
D
4
A
24
C
5
D
25
D
6
C
26
B
7
D
27
D
8
C
28
A
9
C
29
B
10
A
30
D
11
B
31
A
12
D
32
B
13
C
33
B
14
C
34
A
15
D
35
D
16
B
36
B
17
D
37
A
18
B
38
B
19
C
39
B
20
B
40
C


Thursday 14 November 2013

TAWAKKAL KEPADA ALLAH!

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2013.

Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah K1, K2 dan K3 telah pun berakhir tadi. Chegu percaya calon telah buat yang terbaik dan chegu doakan calon memperoleh kecemerlangan dalam keputusan SPM yang akan diumumkan pada bulan 3 tahun hadapan.

Kita telah berusaha, jadi tawakkallah kepada Allah. Beri tumpuan terhadap mata pelajaran yang lain yang belum diuji dalam SPM.

Perjuangan masih belum selesai, jadi ayuh kita maju, mara dan SKOR!

Thursday 7 November 2013

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SPM 2013 SEJARAH K3 SMK-SMK DAERAH MARAN

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013.

Buat pengetahuan calon, chegu ada muatkan dalam laman blog ini contoh soalan dan cadangan jawapan bagi tugasan spesifik Sejarah K3 SPM yang telah dibangunkan oleh sahabat-sahabat chegu sebagai rujukan tambahan/dapatan kajian selain soalan tudingan Sejarah SPM K3 yang telah chegu bangunkan sebelum ini. Calon boleh melihat maklumat tersebut di http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/tematajuk-tugasan-sejarah-spm-kertas-3.html
 
Harap dapat memberi manfaat dan kemudahan calon untuk menjawab tugasan spesifik Sejarah yang akan diadakan Khamis minggu hadapan [14hb November 2013].

Skor A Sejarah Sasaranku!

Wednesday 6 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2013!

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013. 

Hari ini hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2013. Chegu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat maju dan jaya. Kita telah berusaha, tawakkal kepada Allah.

Chegu juga ingin ingatkan kepada semua calon bahawa SPM supaya berhati-hati walaupun di mana sahaja anda berada kerana hujung tahun ini adalah musim tengkujuh dan jagalah keselamatan diri.

Akhir kata, SKOR A SPM SASARANKU!


Wednesday 30 October 2013

KEAZAMAN UNTUK LULUS SEJARAH SPM 2013.

Salam Chegu Sejarah. 

Pagi  tadi, di satu buah sekolah menengah di Mukim, Chenor, Maran, Pahang, chegu terlibat dalam Program Aku Juga Amat Ingin Berjaya [AJAIB] sebagai fasilitator sejarah spm. Program ini diadakan oleh PPD Maran bersama sekolah tersebut khusus untuk murid-murid yang gagal Sejarah serta Bahasa Melayu.

Buat pengetahuan pembaca, murid-murid tersebut merupakan penuntut Sijil Kemahiran Malaysia [SKM] dan rata-rata murid tersebut sangat lemah dalam subjek Sejarah. Walaupun mereka lemah, mereka menunjukkan kesungguhan dan perhatian. Mereka sedar mereka lemah, mereka mahu berubah. Cuma tidak tahu caranya. Selepas chegu selidik ,rata-rata murid-murid mendapat belasan markah dalam percubaan SPM 2013.

Sebagai fasilitator, chegu cuba berikan bimbingan yang terbaik kepada murid tersebut dan mendapat respon yang positif dan mereka berjanji untuk cuba sedaya upaya untuk lulus.

IKTIBAR KEPADA CALON SPM 2013

Kepada calon SPM 2013, jadikan pengalaman chegu di atas iktibar yang berguna. Kepada mereka yang masih tiada kesedaran diri, sila muhasabah diri. Biar kita gagal dalam percubaan SPM, kita belajar dari kesilapan, bangkit, berubah dan berjaya!

"SKOR LULUS SEJARAH SASARANKU"





Friday 11 October 2013

PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN TUDINGAN TUGASAN SPESIFIK SEJARAH SPM 2013 K3!

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2013 dan guru-guru. Buat pengetahuan calon dan guru, peraturan pemarkahan bagi soalan tudingan tugasan spesifik Sejarah SPM K3 telah pun siap dibina  dan dikemaskini dalam laman blog ini. Calon dan guru boleh mengakses maklumat tersebut di http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/tematajuk-tugasan-sejarah-spm-kertas-3.htm

Jika calon/guru ada cadangan jawapan yang lebih bernas atau yang lebih murni, besarlah harapan chegu supaya dikongsikan bersama dalam laman blog ini.

"Skor A Sejarah Sasaran Ku"

Sunday 6 October 2013

SELAMAT DATANG WARGA SMK DESA JAYA DAN SOALAN TUDINGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013.

Selamat datang buat warga SMK Desa Jaya ke laman blog ini dan terima kasih kerana menjadi pengikut bagi blog ini. Besarlah harapan chegu mewakili sekolah di sini supaya satu pertukaran ilmu dan kepakaran  berkenaan Sejarah SPM dapat dikongsikan di kalangan guru-guru sejarah dan juga calon SPM 2013 menerusi blog ini.


Soalan tudingan Sejarah SPM Kertas 3 telah chegu bangunkan.  Calon SPM 2013 boleh melihat soalan tersebut dalam blog chegu ini di http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/tematajuk-tugasan-sejarah-spm-kertas-3.html
Peraturan pemarkahan bagi soalan tersebut sedang dibangunkan berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam tugasan umum Sejarah SPM Kertas 3. Sila peka dan prihatin.

Monday 30 September 2013

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 [1249/3] SPM 2013

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2013,

Buat pengetahuan calon, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan/menyiarkan tajuk/tema umum SPM Sejarah Kertas 3. Calon boleh melihat tema/tajuk tersebut di blog chegu ini iaitu pada MENU >TEMA/TAJUK UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013 atau di http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2013/2013%201249_3%20QP%20UMUM%20CRC%20(Replacement).pdf

Chegu Sejarah juga ada menyediakan panduan dan saranan menjawab tugasan tersebut  iaitu pada MENU > TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SEJARAH K1,K2,K3.

Insya Allah, Chegu Sejarah akan menyediakan soalan tudingan bagi kertas tersebut bersama cadangan jawapannya serta bahan bacaan/rujukan/kajian. Sebarang maklumat berkenaan Sejarah Kertas 3 chegu akan maklumkan secara am dalam post, manakala secara khusus dalam page TEMA/TAJUK UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013.

Thursday 12 September 2013

MASA UNTUK DEKAT DENGAN ALLAH JUGA GURU DAN TIDAK LUPA IBU BAPA

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013.  Sekadar peringatan kepada calon, SPM lagi 55 hari. Harap calon dapat membuat persediaan rapi yang secukupnya.

Di kala calon SPM sedang sibuk studi dan membuat ulangkaji, kita jangan lupa untuk beribadat kepada Allah lebih-lebih lagi apabila SPM makin hampir. Mintalah serta berdoa dengan kerap supaya kita diberikan pencerahan ketika belajar serta petunjuk untuk menjawab soalan SPM. Bersegeralah menunaikan yang fardhu. Rajin-rajinlah solat hajat, solat taubat, solat tahajjud dan bersedekah mudah-mudahan Allah memberi permudahkan segala urusan.

Selalulah berdamping dengan guru kita, mintalah dia supaya membimbing kita dengan sepenuh hati, minta maaf jika kita ada buat salah dengan guru kita. Selalu tanya dan rujuk guru berkenaan pelajaran kita.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa, ini masanya untuk kita membalas jasa ibu bapa kita. Renunglah wajah mereka, walau pun mereka selalu tersenyum, jauh di lubuk hati mereka, mereka sering menangis kerana perlu berfikir cara untuk mendapatkan sesuap nasi dan rezeki untuk kamu. Kepada yang masih tiada doalah untuk kesejahteraan mereka di akhirat.

Semoga calon-calon SPM berjaya! Skor A Sejarah Sasaranku.

Monday 9 September 2013

NOTA PADAT BAB 2 TINGKATAN 4

Salam Chegu Sejarah buat saudara Amirul dari Perak,

            Pada hari Jumaat lepas, chegu telah menerima panggilan daripada saudara Amirul dari negeri Perak.  Berlaku suatu perbualan akademik yang menjurus kepada Sejarah SPM. Antara masalah saudara  Amirul ialah tidak faham sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 4, bab 2 dan tidak tahu isi/fakta yang perlu ditekankan.


Disini saya sediakan imej imbasan nota bab 2 tingkatan 4 untuk rujukan/kemudahan saudara Amirul. Harap maaf mungkin imej imbasan tersebut tidak jelas. Sila gunakan aplikasi zoom.  Saudara Amirul juga boleh menambah isi-isi penting untuk melengkapkan lagi nota bagi jadual dibawah supaya banyak fakta dan huraiannya. Sebagai contoh : dalam aspek politik/pemerintahan tamadun Yunani dan Rom hanya dijelaskan dengan ringkas. Sila tambah huraian bagi ciri-ciri sistem demokrasi Yunani dan republik Rom.





Thursday 29 August 2013

SEDARLAH! BERUBAH! BANGKIT! & BERJAYA!

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2013,

Wahai wira dan wirawati calon SPM 2013, tolong sedar, berubah, bangkit dan seterusnya menggapai kejayaan.

Kejayaan dalam SPM membuatkan ibu bapa, guru-guru rasa bangga dan yang lebih menggembirakan lagi ialah calon-calon SPM sendiri.

Suka chegu ingatkan, SPM lagi 69 hari..

kepada yang masih malas,tolong jadi rajin.

kepada yang masih tidak pandai, belajarlah sehingga pandai,

kepada yang sering tidur dalam kelas, bangkitlah! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan.

kepada yang tiada kesedaran lagi,,ayuh! Marilah kita maju dan mara. Panggilan SPM semakin tiba..

kepada yang selalu ponteng..hei! Pengecut! Tidak mahukah anda berjaya?

kepada mereka yang sering melakukan salah laku disiplin..ingatlah disiplin itu teras kejayaan.

kepada mereka yang jauh dari guru..dekatilah mereka supaya anda dapat tips yang berguna..

kepada mereka yang selalu ingkar perintah Allah..ingatlah Allah menganugerahkan ilmu kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai dan Dia juga boleh menarik semula ilmu kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai..


SEDARLAH! BERUBAH! BANGKIT! & BERJAYA!

Thursday 1 August 2013

PERCUBAAN SEJARAH SPM BERTULIS KERTAS 3

  Salam chegu sejarah buat semua calon SPM SMK Jengka Pusat 2. Buat makluman semua calon, tarikh peperiksaan percubaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 3 (tugasan spesifik) akan dilaksanakan pada 29 hb Ogos 2013[Khamis].

  Tema umum akan diberikan kepada calon-calon mulai 2hb Ogos 2013 dalam bentuk edaran. Insya Allah chegu akan masukkan tema tersebut dalam blog ini (dalam menu info peperiksaan peringkat sekoah) Sila cari bahan, ulangkaji dan berjumpa dengan guru sejarah anda. Harap maklum.

  

Monday 29 July 2013

TAMBAHAN APLIKASI


Salam sejarah kepada semua pelajar-pelajar sekalian, chegu telah menambah satu aplikasi dalam laman blog ini iaitu ulangkaji sejarah secara online sasbadi. Pelajar-pelajar boleh mengakses pautan tersebut dalam menu blog. 

Pautan tersebut membolehkan pelajar mengulangkaji dan mencetak soalan serta latihan yang berkaitan mengikut kesesuaian dan pada bila-bila masa. Jangan bimbang, jawapan ada disediakan.

Selepas klik pada ikon ulangkaji sejarah sasbadi, pelajar perlu sign up terlebih dahulu. Hanya beberapa langkah mudah dan seterusnya 
dapat akses penuh..ianya percuma!.....