SEJARAH SPM

Thursday 12 September 2013

MASA UNTUK DEKAT DENGAN ALLAH JUGA GURU DAN TIDAK LUPA IBU BAPA

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013.  Sekadar peringatan kepada calon, SPM lagi 55 hari. Harap calon dapat membuat persediaan rapi yang secukupnya.

Di kala calon SPM sedang sibuk studi dan membuat ulangkaji, kita jangan lupa untuk beribadat kepada Allah lebih-lebih lagi apabila SPM makin hampir. Mintalah serta berdoa dengan kerap supaya kita diberikan pencerahan ketika belajar serta petunjuk untuk menjawab soalan SPM. Bersegeralah menunaikan yang fardhu. Rajin-rajinlah solat hajat, solat taubat, solat tahajjud dan bersedekah mudah-mudahan Allah memberi permudahkan segala urusan.

Selalulah berdamping dengan guru kita, mintalah dia supaya membimbing kita dengan sepenuh hati, minta maaf jika kita ada buat salah dengan guru kita. Selalu tanya dan rujuk guru berkenaan pelajaran kita.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa, ini masanya untuk kita membalas jasa ibu bapa kita. Renunglah wajah mereka, walau pun mereka selalu tersenyum, jauh di lubuk hati mereka, mereka sering menangis kerana perlu berfikir cara untuk mendapatkan sesuap nasi dan rezeki untuk kamu. Kepada yang masih tiada doalah untuk kesejahteraan mereka di akhirat.

Semoga calon-calon SPM berjaya! Skor A Sejarah Sasaranku.

No comments:

Post a Comment