TEMA/TAJUK TUGASAN SEJARAH SPM KERTAS 3 [1249/3]

TEMA/TAJUK TUGASAN UMUM:

MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.


Calon-calon juga boleh melihat dan mencetak tugasan tersebut di http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2013/2013%201249_3%20QP%20UMUM%20CRC%20(Replacement).pdf

CADANGAN BAHAN RUJUKAN:

-Berikut merupakan cadangan sumber rujukan/kajian dalam tugasan umum Sejarah K3. Chegu memilih banyak capaian internet kerana ia memudahkan calon mengakses dan mencetak maklumat tersebut.

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Asean
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara
4. http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsbp/bm/03_Memperkukuh_hubungan_kewangan.pdf
5. http://www.kedah.edu.my/sahc/a_portal/portal_bahasa/p_am1/penggal%203/Nota%202_Penglibatan%20&%20Sumbangan%20Malaysia_1.pdf
6. http://pengajianam-munni.blogspot.com/p/penggal-3-malaysia-dan-negara-luar.html
7. http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-penglibatan-malaysia-untuk.html
8. http://www.moe.gov.my/bbt/BULETINSEJARAH.php
9. http://www.scribd.com/doc/34581906/KERJASAMA-SERANTAU
10. http://www.scribd.com/doc/18940424/Malaysia-Dan-Kerjasama-Serantau
11. http://azwantamin.blogspot.com/2012/01/cara-asean-menangani-isu-serantaunya.html
12.http://www.asean.org/
13.http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-kbkk-k2-sejarah-spm.html bagi soalan KBKK.
14. Modul Perhalus Sejarah SPM JPN Pahang dan Yayasan Pahang-Garis panduan menjawab soalan KBKK dan contoh jawapan KBKK.
15. Artikel berkenaan TPPA, akhbar Utusan Melayu bertarikh 9/10/2013 ms 3.
16. Artikel berkenaan Asean, akhbar Utusan Melayu, bertarikh 10/10/2013 ms 3, bahagian Dalam Negeri.

ULASAN CHEGU SEJARAH: 
Jika kita perhatikan, jawapan bagi soalan no 1, 2 & 3 boleh didapati daripada buku teks sejarah. Begitu juga dengan soalan no. 8. Bagi soalan no 7, jawapan boleh diperoleh daripada laman blog ini di http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-kbkk-k2-sejarah-spm.html dan di http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/garis-panduan-menjawab-soalan.html. Calon hanya perlu mencari maklumat dan membuat kajian bagi soalan no. 4, 5 dan 6. Jadi sebenarnya Sejarah Kertas 3 adalah mudah! 




PERHATIAN: SOALAN TUDINGAN DAN PERATURAN PEMARKAHAN YANG DIPAPARKAN DIBAWAH  INI ADALAH SOALAN TUDINGAN DAN BUKANNYA SOALAN SEBENAR SPM 2013. IANYA SEBAGAI RUJUKAN DAN GAMBARAN AWAL KERTAS 3 YANG SEBENAR. CALON DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA SOALAN SEJARAH SPM K3 DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN DAPATAN KAJIAN DI BAWAH.



SOALAN TUDINGAN SEJARAH SPM KERTAS 3
Sejarah Kertas 3
[100 markah]

Jawab semua soalan berdasarkan rangka jawapan di bawah.
TEMA 12 DALAM SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 9 BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5

TAJUK: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA.
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Soalan: Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara. Hubungan luar dan sumbangan Malaysia dengan negara lain dapat memberi manfaat kepada Malaysia dalam pelbagai bidang. Bincangkan peranan dan sumbangan Malaysia  dalam pertubuhan serantau.
FORMAT
PERINCIAN
MARKAH PENUH
Pengenalan
  1. Pengenalan
Jelaskan matlamat dan bentuk hubungan dasar luar Malaysia.
5 markah
Isi dan huraian
  1. Pemahaman
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan dasar luar negara.
  1. Bincangkan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia. [10 markah]
  2. Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia bermula tahun 1957 hingga 2003. [30 markah]
40 markah



  1. Menganalisis
Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut:
  1. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA). [5 markah]

  1. Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO). [5 markah]
  2. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). [5 markah]

15 markah
  1. Mengaplikasi
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik kepada semua negara, bagaiamanakah Malaysia memanfaatkan hubungan luar demi kemajuan di bidang pembangunan.
10 markah
  1. Menilai
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan pencapaian Malaysia sebagai kuasa ekonomi, politik dan sosial di peringkat serantau.
10 markah
  1. Menjana Idea
Dalam menjalin hubungan dengan negara serantau terdapat cabaran serta rintangan yang perlu dihadapi oleh Malaysia.
  1. Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjalin hubungan dengan negara serantau. [5 markah]
  2. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. [5 markah]
10 markah
  1. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
Bincangkan iktibar yang anda pelajari hasil penglibatan  Malaysia dalam pertubuhan serantau.
5 markah
Penutup
  1. Rumusan
  1. Pengetahuan yang diperoleh
  2. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  3. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT



PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN TUDINGAN SEJARAH SPM 2013 KERTAS 3
NO SOALAN
CADANGAN JAWAPAN
WAJARAN MARKAH
1
-buku teks ms 236 hingga 237
5 markah
2 i
-buku  teks ms 237 hingga 239
10 markah
2ii
-buku teks ms 240 hingga242
40 markah
3i
-buku teks ms 253
5 markah
3ii
-buku teks ms 254 hingga 255
5 markah
3iii
-buku teks ms 255-256
5 markah
4
-pertukaran/perkongsian teknologi dengan negara serantau
-pertukaran/perkongsian sains dan maklumat dengan negara serantau
-kerjasama dalam bidang ekonomi  seperti perdagangan dan perindustrian
-melakukan penyelidikan bersama dalam bidang keberhasilan utama negara serantau
-memeterai perjanjian persefahaman dalam bidang ekonomi
-menyediakan tenaga kerja pakar/nasihat pakar dalam bidang pembangunan
-menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara ASEAN.
-membantu negara-negara serantau yang menghadapi masalah kewangan/politik.
-perjumpaan/persidangan/perbincangan dengan menteri-menteri bertanggungjawab dalam bidang ekonomi serantau
-mengadakan hubungan serantau dengan negara-negara maju seperti ASEAN + 3
-mengambil contoh budaya kerja berprestasi tinggi untuk diamalkan dalam negara
-menubuhkan pusat-pusat kecemerlangan serantau dalam bidang ekonomi/pendidikan/kebudayaan dsb.

mana-mana jawapan yang munasabah



10 markah
5
Dari segi ekonomi:
-Malaysia sebagai negara yang menguasai perdagangan (negara enterpot) maritim di Selat Melaka.
-Negara menjadi pengeluar komponen elektronik terbesar di Asia Tenggara.
-Negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia Tenggara.
-menjadi tumpuan pelabur asing untuk melabur dalam negara seperti Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor.
-menjadi hab halal bagi industri makanan
-mempunyai kepelbagaian program pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Ekonomi Negeri-Negeri Timur.
-PROTON telah menembusi pasaran negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Brunei.
-menjadi negara ke-3 pendapatan terbesar dalam ekonomi ASEAN
-negara industri pelancongan yang terkenal di rantau.
-mempunyai rangkaian kukuh perbankan yang berlandaskan syariah
-negara pengeluar utama/industri petrokimi  minyak petroleum serantau.

Dari segi politik:
-berjaya menyelesaikan konflik bangsa Moro di Selatan Filipina dengan kerajaan Filipina dengan menjadi pihak pendamai
-melindungi pelarian UNHCR etnik Rohingya di Myanmar
-mengkritik pemerintahan junta tentera Myanmar yang menindas etnik.
-melindungi pelarian Vietnam semasa perang saudara Vietnam
-berjaya menangkis serangan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
-lantang mengkritik pemerintahan Vietnam semasa negara itu menceroboh Kemboja.
-berjaya mewujudkan gagasan idea ZOPFAN dalam Deklarasi Kuala Lumpur semasa persidangan negara-negara Asean.

Dari segi ekonomi:
-bijak menangani kemelut kewangan Asia yang berlaku pada tahun 90 an yang disebabkan oleh polisi yang dikemukakan George Soros.
-berjaya mengekalkan nilai Ringgit Malaysia yang kompetitif di peringkat ASEAN dan dunia sehingga kini.
-tidak mengikut telunjuk negara maju seperti Amerika Syarikat dalam perjanjian TPPA semasa persidangan APEC 2013.
-Malaysia diiktiraf sebagai acuan yang tepat bagi negara membangun yang menuju ke arah negara maju.


Dari segi sosial:
-menubuhkan pusat PERMATA yang pertama seumpamanya di Asean.
-penubuhan UIAM sebagai universiti Islam yang terkemuka di rantau ASEAN.
-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
-negara yang mengamalkan demokrasi beragama iaitu agama rasmi ialah agama Islam di samping menghormati pegangan agama dan budaya kaum lain.
-dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib bin Abd Razak berjaya mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.

mana-mana jawapan yang munasabah.
10 markah
6i
-tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh, kepulauan Spartly dengan China dan Filipina.
-menjadi negara tumpuan bagi pendatang tanpa izin dari negara serantau
-keselamatan negara teruji apabila kedaulatan Lahad Datu, Sabah diceroboh pengganas dari Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
-keselamatan perairan yang luas yang terpaksa di awasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.
-isu pembantu rumah dari negara serantau yang didera oleh majikan Malaysia dan pembantu rumah yang lari dari majikan
-perjanjian ekonomi yang tidak menguntungkan Malaysia dalam perjanjian TPPA semasa persidangan APEC.

-menghadapi isu/tentangan hak milik budaya asal daripada Indonesia.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
6ii
-menyelesaikan tuntutan bertindih tersebut secara adil/rundingan dengan menyerahkan kes kepada Badan Mahkamah Dunia dan menerima keputusan tersebut dengan sebulat suara.
-melaksanakan program pemutihan dengan memperkenalkan kad pengenalan khas bagi pendatang asing yang bekerja sebagai buruh di Malaysia serta menangkap dan menghantar semula PATI ke negara asal.
-melancarkan operasi bercorak kepolisan serta ketenteraan bagi menggempur pengganas dari Filipina tersebut.
-menyemak/meminda/menggubal/mengetatkan semula syarat pekerjaan dan majikan berkenaan keperluan buruh sebagai pembantu rumah di Malaysia.
-tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat dalam tuntutan perjanjian TPPA dan meminta persidangan menyemak semula isi-isi perjanjian.
-menyelesaikan isu/tentangan melalui rundingan.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
7
-meningkatkan perpaduan diantara negara serantau
-menerapkan semangat kekitaan dikalangan negara serantau
-bersedia bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama.
-menyemarakkan semangat kemasyarakatan serumpun.
-menyokong dasar-dasar/resolusi yang telah dipersetujui negara-negara serantau.
-menerapkan sikap tolak ansur dan menyelesaikan semua persengketaan melalui rundingan.
-membantu negara serantau yang mengalami masalah politik/ekonomi bagi meringankan beban.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
8
Buku teks ms 264
5 markah


PERHATIAN: PERATURAN PEMARKAHAN DI ATAS ADALAH CADANGAN JAWAPAN. JIKA GURU/CALON MEMPUNYAI CADANGAN JAWAPAN LAIN YANG BERNAS/BAIK BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA DALAM LAMAN BLOG INI.

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SEJARAH SPM K3 2013 
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MARAN


CONTOH 1 [SMKJ18 & KV PERTANIAN CHENOR]

1.Pengenalan

 Latar belakang dasar luar Malaysia

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu bebaik-baik dengan semua

Negara .Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua Negara bertujuan untuk

mengekalkan kedaulatan Negara.Selain itu dasar luar sebegini bermatlamat menjamin keselamatan

rakyat dan Negara,memelihara kepentingan nasional ,menggalakan pembangunan dan kemajuan

ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama serantau dan

antarabangsa.Disamping itu matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang

bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk hubungan luar Malaysia

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan Negara lain iaitu hubungan

bilateral iaitu merujuk pada hubungan secara terus dengan Negara tertentu.Contohnya Malaysia

mengutamakan hubungan dengan Negara jiran termasuklah Singapura,Thailand,Indonesia dan

Vietnam.Selain itu hubungan luar juga di adakan dengan Negara Asia yang lain ,Amerika

latin,Afrika,asia Barat dan Negara – Negara maju seperti Britain dan amerika Syarikat.MAnakala

hubungan Multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

seperti Persatuan Negara-negara Asia tenggara(ASEAN),KOMENWEL,Pertubuhan persidangan

Islam(OIC),pergerakan Negara-negara berkecuali(NAM) dan sebagainya.

2.Perkembangan dasar luar Malaysia

i)Tahap perkembangan dasar luar Malaysia

Perkembangan dasar luar Malaysia terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama

memperlihatkan dasar Pro Barat yang Anti Komunis serta dasar berbaik-baik dengan Negara jiran

dan Komenwel.Dasar luar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman di sebabkan factor politik

ekonomi dan social.

Faktor pilitik merujuk kepada ancaman Komunis di Negara-negara Asia Tenggara

dan dalam Negara melalui parti komunis Melaya.Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan

daripada Negara –Negara Komenwel terutama Britain ,Australia dan New ZAealand.Bagi meyekat

pengaruh komunis Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA)

pada tahun 1956.Mengikut perjanjian ini Britain akan memberikan bantuan kepada Malaysia

sekiranya di serang oleh mana-mana Negara.

Melalui faktor sosial ,dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan Negara

jiran kerana krisis dengan Negara jiran selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti

konfrontasi dengan Indonesia(1963-1965).Terputusnya hubungan diplomatik dengan Filipina(1963-

1965)dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).Usaha-usaha Malaysia untuk memelihara

hubungan dengan Negara Jiran terbukti melalui beberapa perjanjian seperti menubuhkan

pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara(ASA )pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan

Filipina ,MAPHILINDO pada 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967

bersama-sama Thailand ,Indonesia ,Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula ,Malaysia bergantung kepada Britain dalam menjaga

kepentingan ekonomi Malaysia.Malaysia merupakan Angota Blok Sterling yang menjalankan urusan

perdagangan dalam nilai mata wang Paun Sterling.Malaysia masih memberikan lagi memberikan

tumpuan pada dua hasil utamanya iaitu Bijih timah dan Getah dengan mengharapkan sepenuhnya

permintaan daripada Negara Barat termasuk Britain .Pelabur Britain masih menguasai peratus yang

besar dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam bidang perladangan dan perindustrian.Malaysia

yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan Negara-negara

lain seperti Amerika Syarikat,Jepun,Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan

kepada Britain dan mencari pasaran baru.

Pada Tahap kedua iaitu menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada

dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua Negara.Perubahan ini disebabkan kurangnya

peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.Perubahan dasar ini

juga disebabkan oleh pergolakkan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu

Amerika Syarikat dan China. Beberapa usaha telah dilakukan oleh Malaysia seperti mengisytiharkan

konsep Zon Aman,Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota Negara

Asean .Malaysia juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara berfahaman komunis

seperti China,Jerman timur ,Korea utara ,Vietnam Utara dan Mongolia.Pada tahun 1976 Malaysia

mengadakan hubungan Diplomatik dengan Vietnam bertujuan mengatasi masalah pelarian Vietnam

di Malaysia.Kerjasama ini membuktikan kesungguhan Malaysia menjalin persahabatan dengan

Negara khususnya dengan Negara jiran.

Pada tahap ketiga ,dasar luar pada tahap ini mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi

memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu

perdagangan ,pelaburan dan pembangunan terutamanya dalam kalangan Negara-negara

membangun.Dalam mencapai matlamat ini Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat

dengan Negara-negara Asean seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.Pada tahun

1982 Malaysia memperkenalkan Dasar pandang Ke Timur dengan menggunakan Negara Jepun dan

Korea Selatan sebagai Model bagi membangunkan Negara Malaysia. Dasar ini bertujuan

menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik.Contohnya

semangat mencintai Negara ,kesungguhan dalam pekerjaan ,dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara-negara lain menerusi lawatan

yang dilakukan oleh Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad ke Negara Afrika ,Amerika

Selatan ,Carribbean dan Pasifik Selatan .Dalam setiap lawatannya ,misi perdagangan Malaysia akan

turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-
dua belah pihak.Tun Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Malaysia bukan sahaja harus

menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Negara maju sahaja .

3.Peranan dan sumbangan Malaysia dalam serantau.

Melalui ASA Malaysia mengadakan kerjasama dengan Thailand dan Filipina untuk

membendung pengaruh Komunis .Malaysia juga mendapat kemudahan latihan dan penyelidikan

dalam bidang sains dan teknologi.

Melalui MAPHILINDO Malaysia berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara Indonesia

dan Filipina berhubungan penubuhan Malaysia.Malaysia telah meminta bantuan PBB untuk

mendapatkan bantuan PBB untuk ,mendapatkan pandangan rakyat sabah dan Sarawak tentang

cadangan penubuhan Malaysia.

Melalui ASEAN dalam deklarasi KUALALumpur mereka sepakat mengisytiharkan Negara-
negara Asean Sebagai Zon AMAN Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN).ZOPFAN bertujuan mengekalkan

keamanan dan kestabilan politik rantau Asia tenggara iaitu tidak bersekongkol dengan mana-mana

Negara blok barat atau Blok timur.

.Malaysia telah membantu menngatasi masalah pencerobohan Vietnam keatas Kampuachea

dengan membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuachea.

Melalui Asean juga kerjasama ekonomi dalam perdagangan iaitu ZON Perdagangan Bebas

ASEAN (AFTA)telah di umumkan dalam sidang kemuncak ASEAN di Singapura.

Melalui idea Tun Mahathir MOhamad untuk meluaskan skop kerjasama ekonomi telah

dicadangkan penubuhan Perunding Ekonomi Asia Timur(EAEC) .

Seterusnya konsep Asean +3 telah diwujudkan iaitu kerjasama ekonomi dengan China

Jepun dan Korea.Malaysia turut menyumbang kerjasama dalam bidang pendidikan iaitu wujudnya

Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang membawa kepada pembinaan pusat

serantau Sains dan Matematik (RECSAM)di Pulau Pinang

.Malaysia berperanan membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya

Projek Baja Urea di Bintulu dan Acheh.

Seterusnya Malaysia berperanan mewujudkan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan

kesenian dengan menubuhkan tabung kebudayaan ASEAN.

Selain itu terdapat pertukaran rancangan televisyen dan radio dalam kalangan Negara

Asean.

Sukan SEA juga di adakan untuk merapatkan hubungan antara Negara anggota ASEAN

melalui semangat kesukanan.

Dalam bidang pelancongan pula kerjasama telah dijalinkan dengan mengadakan tahun

melawat Asia.

Malaysia telah mengemukakan idea melalui ASEAn untuk memperluaskan skop kerjasama

ekonomi bagi rantau Asia tenggara yang melibatkan China ,Jepun dan Korea selatan.Menteri-
menteri luar Asean dalam mesyuarat di Kuala Lumpur pada tahun 1984 menteri-menteri luar ASEAN

memutuskan bahawa ASEAN adalah zon bebas senjata Nuklear iaitu tidak membenarkan mana-
mana kapal menggunakan perairan dan perlabuhan untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

4.Pertukaran ilmu dan teknologi dengan Negara luar dapat menjana kemajuan Negara.

Pertukaran ilmu dan teknologi dengan Negara luar dapat melahirkan masyarakat

yang kreatif dan inovatif untuk menjana kemajuan negara.Selain itu pertukaran ilmu dan teknologi

dapat melahirkan masyrakat yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran.

Seterusnya pertukaran ilmu dan teknologi melahirkan masyarakat Malaysia yang terbuka

serta sedia menerima perubahan yang member manfaat kepada Negara.Kebaikan seterusnya ialah

menggalakkan Masyarakat Malaysia Meneroka pelbagai bidang baru khususnya untuk menjana

kemajuan Negara.Disamping itu pertukaran ini mampu memajukan sector perindustrian khususnya

industry berat seperti industri automotif perkapalan dan pembuatan yang menyumbang besar

kepada ekonomi Negara.

Pertukaran teknologi juga menjadikan Malaysia mampu menghasilkan kereta nasional

Negara seperti Proton dan Perodua hasil pertukaran teknologi Jepun dan eropah.Malaysia juga

mampu membina bangunan yang menjadi mercu Negara seperti Menara berkembar Petronas yang

di reka oleh arkitek Cesar Pelli. Malaysia juga Berjaya melahirkan angkasawan Negara yang pertama

iaitu Dato Sheikh Muzaphar Syukor melalui pertukaran teknologi Rusia.Malaysia juga berjaya

melahirkan atlet yang hebat seperti bidang permotoran .Malaysia juga Berjaya mencipta menemui

pelbagai baka dan benih bermutu dalam bidang pertanian melalui penyelidikan yang dilakukan oleh

pihak MARDI ,FRIM , MPOB dan sebagainya.

Malaysia juga berjaya melahirkan ahli sukan cemerlang seperti Dato Lee Chong Wei dan

Dato Nicol David.Malaysia juga berjaya meningkatkan kemudahan prasarana seperti pembinaan

Terowong SMART bagi mengatasi masalah banjir.Malaysia juga berjaya memajukan sistem

pengangkutan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya melalui pembinaan STAR LRT dan

PUTRA LRT.

5.Kejayaan Malaysia dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara-negara

lain (10 markah)

Kejayaan Malaysia dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara-negara

lain ialah Malaysia Berjaya mengekalkan kestabilan politik negaranya dan juga di

peringkat serntau serta antarabangsa daripada ancaman musuh.Contohnya melalui

Deklarasi Kuala Lumpur, Malaysia dan Negara anggota Asean sepakat mengisytiharkan

konsep ZOPFAN iaitu zon aman,bebas dan berkecuali.

Selain itu hubungan baik ini membolehkan Malaysia meningkatkan kerjasama dan

kemajuan dalam bidang ekonomi seperti kerjasama dalam bidang

perdagangan,pertanian,perindustrian dan sebagainya.Contohnya Malaysia mengadakan

kerjasama dalam perindustrian iaitu projek baja urea di Acheh(Indonesia)

Seterunya Malaysia berjaya meningkatkan kemajuan sains dan teknologi

contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik(RECSAM)di Pulau

Pinang.

Di samping itu Malaysia berjaya meningkatkan kemasukan pelabur-pelabur asing

untuk melabur dalam bidang perindustrian seperti wujudnya kilang-kilang mikrocip

komputer,komponen kenderaan,kilang-kilang elektronik dan sebagainya.

Kejayaan seterusnya ialah Malaysia berjaya memajukan bidang perladangannya

melalui kerjasama dengan Negara Indonesia ,Vietnam dan Mynamar iaitu penanaman

kelapa sawit.

Selain itu Malaysia berjaya meningkatkan kemajuan prasarana melalui

pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas dan

KLCC,pembinaan lapangan terbanga antara bangsa Sepang(KLIA),jambatan Pulau

Pinang,pelabuhan Iskandar dan sebagainya.KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang

yang pertama di dunia yang dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang

diperolehi daripada Airport Council Internatianal(ACL)

Kejayaan seterusnya ialah Malaysia berjaya mengelakkan pergeseran dan

pergolakkan serta krisis dengan negara-negara serantau dan antarabangsa melalui

hubungan diplomatik seperti ASA,MAPHILINDA,ASEAN,Komanwel,NAM,PBB dan

sebagainya.

Di samping itu Malaysia berjaya mengekalkan keamanan sejagat melalui dasar

luarnya yang berbaaik-baik dengan semua negara dan berkecuali.

Malaysia juga berjaya menjana ekonomi Negara dengan mewujudkan

perdagangan dua hala contahnya menjalin hubungan krjasama dengan

China,Taiwan,India,Indonesia,Thailand dan sebagainyaMalaysia juga berjaya mewujudkan

Zon Perdagangan Bebas Asean serta EAEC.

Malaysia juga berjaya menjalin kerjasama dalam bidanga perubatan seperti

meminjam teknologi perubatan untuk merawat kanser dan pembedahan jantung.Selain itu

juga Malaysia bekerjasama dengan Negara luar untuk membangunkan perubatan

berasaskan herba dan hidupan marin.

Malaysia juga berjaya mendapat banyak tenagakerja pakar dalam pelbagai

bidang sama ada perubatan,pendidikan,perindustrian,sukan dan sebagainya.Malaysia juga

berjaya menarik masuk kemasukan pelabur asing untuk melabur dalam Negara Malaysia

seperti dalam bidang pembuatan dan perindustrian yang menyediakan banyak peluang

pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Seterusnya Malaysia berjaya mendapatkan khidmat pembantu rumah asing

melalui hubungan kerjasamna yang baik dengan Negara jirannya seperti

Indonesia ,Mynamar dan Filipina.

Malaysia juga berjaya menjaga keselamatan peraiaran negara khususnya di

perairan sempadan melalui kerjasama pertahanan dengan pasukan marin negara jirannya

seperti Indonesia,Filipina ,Singapura danThailand.

6.Peranan generasi muda untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju.

Generasi muda perlu mengukuhkan semangat cinta akan Negara bagi membentuk sebuah

Negara yang maju.Selain itu generasi muda perlulah mengeratkan perpaduan diantara kaum yang

terdapat di Malaysia.Di samping itu generasi muda hari ini perlulah menjaga nama baik Negara

dimata dunia.

Cabaran kemajuan hari ini memerlukan genarasi muda melengkapi diri mereka dengan ilmu

pengetahuan .Generasi muda juga perlulah menguasai pelbagai kemahiran untuk bersaing dengan

Negara lain.Generasi muda juga perlulah memelihara jati diri mereka untuk memajukan Negara.

Generasi muda juga perlulah mempunyai disiplin yang tinggi bagi melahirkan pekerja yang

berkualiti.Genenarasi muda juga perlulah berani untuk mempertahankan kedaulatan

Negara.Generasi muda juga perlulah gigih berusaha untuk memajukan Negara bagi bersaing dengan

Negara –negara maju.Generasi muda perlulah bertanggungjawab memajukan Negara.

7.Penerapan nilai-nilai murni/ikhtibar /patriotism yang diperoleh daripada sifat keterbukaan

masyarakat Malaysia.

Nilai-nilai murni yang diperoleh melalui sifat keterbukaan masyarakat Malaysia ialah rakyat

perlu bekerjasama antara kaum untuk memajukan Negara.Seterusnya rakyat perlulah kreatif dan

inovatif dalam menghasilkan sesuatu ciptaan baru untuk meningkat kemajuan Negara.Disamping

itu kita mampu melahirkan masyarakat yang berani menghadapi risiko dan tidak mudah

berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup .Selain itu kita juga perlulah berbangga menjadi

rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup secara aman.Rakyat juga perlu

bersikap optimis kerana rakyat yang keyakinan tinggi dapat mencipta pelbagai kejayaan.Selain itu

dapat melahirkan rakyat yang cinta akan Negara dan sentiasa menghargai keamanan serta gigih

berusaha untuk mengekalkan keamanan tersebut.Seterusnya dapat melahirkan masyrakat yang

sanggup berkorban jiwa dan raga demi keamanan dan kemajuan Negara.

 8.Rumusan

 Melalui perbincangan dalam bab ini, pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia

mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua Negara

bertujuan untuk menjamin dan mengekalkan keamanan serta kedaulatan Negara Malaysia.

Iktibar kepada diri ialah saya,sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia telah

lama menjalin hubungan yang baik dengan Negara-negara luar dan saya perlu berusaha

memastikan bahawa hubungan tersebut berkekalan dalam keadaan harmonis untuk

memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Iktibar kepada masyarakat pula ialah sebagai pelapis kepimoinan

Negara,sewajarnya rakyat Malaysia mematuhi segala undang-undang yang ada dan

mengelakkan diri daripada mencampuri urusan politik sesebuah negara untuk memastikan

keamanan dan kedaulatan Malaysia berkekalan.

Selain itu iktibar kepada negara pula ialah sebagai sebuah negara yang sedang

menuju kepada sebuah negara maju,Malaysia sewajarnya bijak merencana dan

mencorakkan dasar luarnya untuk memastikan Malaysia mendapat banyak manfaat tanpa

menjejaskan kedaulatan negara.

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang ialah saya

mengharapkan semoga negara Malaysia terus mengekalkan hubungan yang baik dengan

semua negara di dunia dan pemimpin-pemimpin negara pula perlu bijak mencorakkkan

dasar luar Malaysia agar wawasan Malaysia menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020

akan teraksana dan secara tidak lansung Malaysia akan setanding dengan negara-negara

maju di peringkat antarabangsa.


CONTOH 2 [SMK MARAN & SMK CHEDONG JAYA]


1. Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar

Malaysia.(5m)

PENGENALAN

Malaysia mempunyai dasar luar tersendiri iaitu dasar berbaik-baik dengan

semua Negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah mengekalkan kedaulatan

Negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi mengekalkan keamanan

sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin

keselamatan rakyat dan Negara, memelihara kepentingan nasional serta untuk menjadi

warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk

kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan Negara lain iaitu

hubungan bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan

secara terus dengan Negara-negara tertentu. Malaysia mengutamakan hubungan

dengan Negara-negara jiran termasuk Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Hubungan luar juga diadakan dengan Negara Asia lain seperti Amerika Latin, Afrika,

Asia Barat dan Negara maju seperti dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral

merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan

Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). KOMANWEL, Pertubuhan Persidangan Islam

(OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.

2. Terangkan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia

Faktor pertama asas penggubalan dasar luar Malaysia ialah faktor

sejarah.Malaysia telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China,

Arab, Siam dan Negara serantau sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malaysia

menjalin hubungan yang erat dengan Negara-negara melayu serumpun seperti

Singapura, Brunei dan Indonesia. Malaysia juga menyertai pertubuhan Komanwel dan

meneruskan hubungan diplomatic dengan Britaian serta Negara komanwel yang lain.

Faktor kedua ialah faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran

bebas. Malaysia bergantung kepada Britain dan Amerika Syarikat untuk memasrkan

bijih timah dan getah serta mendapatkan modal untuk pembangunan ekonomi.

Menjelang tahun 1980, Malaysia melaksanakan dasar pandang ke timur iaitu

meggalakkan kemasukan pelaburan dari Korea dan Jepun. Malaysia juga menjalinkan

hubungan dengan Negara-negara sedang membangun dan Negara-negara Islam untuk

tujuan pelaburan serta meluaskan dan memasarkan barangan.

Faktor ketiga asas penggubalan dasar luar Malaysia ialah faktor politik. Malaysia

berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keamanan sejagat. Prinsip ini berdasarkan

pemeliharaan kedaulatan Negara-negara yang merdeka. Malaysia menyokong

perjuangan rakyat Palestin yang berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.

Malaysia juga menyokong semua resolusi PBB dalam mencapai serta mengekalkan

keamanan dunia.

Faktor keempat asas penggubalan dasar luar ialah faktor geografi. Malaysia

mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara iaitu bersempadan dengan

Negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Perairan Malaysia

juga menjadi laluan utama kapal dagang di dunia.

Faktor kelima asas penggubalan dasar luar ialah faktor demografi. Malaysia

menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam sejajar dengan majoriti

penduduknya beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik

dengan Negara Israel kerana dasar Negara berkenaan yang menceroboh dan

menindas peribumi Palestin. Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan di

Afrika Selatan.

3. Terangkan perubahan Dasar Luar Malaysia.

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan

perkembangan dunia. Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar

pro-Barat yang anti komunis serta dasar berbaik-baik dengan Negara jiran dan Negara

KOMANWEL. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan oleh

factor politik, ekonomi dan social. Factor politik merujuk kepada ancaman komunis

dalam Negara oleh PKM. Oleh itu memerlukan bantuan pertahanan daripada Negara-
negara KOMANWEL terutama Britain, Australia dan New Zealand. Dasar berbaik

dengan Negara jiran disebabkan timbulnya krisis dengan Negara jiran terutama selepas

Malaysia mencapai kemerdekaan seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya

hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Factor ekonomi

disebabkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan

ekonomi Negara. Bagi mengurangkan pergantungan ini Malaysia mengamalkan

pasaran bebas dan membina rangkaian perdagangan dengan Negara lain seperti

Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat.

Dasar Luar Malaysia mula berubah kepada Dasar Berkecuali dan berbaik-
baik dengan semua Negara menjelang tahun 1970. Perubahan ini disebabkan

kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di

Timur. Perubahan ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang

melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Seterusnya, Dasar Luar

Malaysia mengekalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua Negara tetapi

menekankan kepentingan ekonomi. Kepentingan ini berkaitan dengan isu-isu

perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutam di kalangan Negara-negara

membangun. Dalam usaha mencapai dasar tersebut, Malaysia mengadakan hubungan

yang erat dengan Negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan

Kampuchea. Dasar pandang ke timur diperkenalkan pada tahun 1982 dengan

menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan Negara.

Malaysia juga mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara lain menerusi

lawatan.

4. Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan serantau secara aktif. Apakah

peranan yang dimainkan oleh Negara kita dalam pertubuhan serantau sehingga

kini.

Negara Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang menganggotai

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan masih bergerak aktif dalam

pertubuhan ini. Antara peranan yang dimainkan oleh Malaysia adalah meningkatkan

kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Dalam bidang politik,

Malaysia melaksanakan Dasar ASEAN iaitu Dasar Berkecuali di mana jalan

penyelesaian dengan menggunakan kaedah rundingan dan menolak cara ketenteraan.

Kerjasama social dan budaya pula meliputi pertukaran rancangan-rancangan

kebudayaan, rancangan televisyen, radio, lagu-lagu dan muzik. Dalam kerjasama

ekonomi, Malaysia mengamalkan sistem pasaran bebas. Selain itu, membantu Negara-
negara anggota lain untuk memajukan ekonomi, mengurangkan konflik dalaman,

mengadakan dialog dengan Negara-negara maju.

Seterusnya mengadakan projek perindustrian di peringkat ASEAN, kerjasama

ASEAN menyakinkan pelabur-pelabur asing dan juga konsep ASEAN itu sendiri

ialah memakmurkan jiran. ASEAN + 3 ialah merupakan cadangan mantan Perdana

Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir ni Mohamad dan dibentuk pada Disember 1997

di Malaysia. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara Negara Asia

Timur dalam ekonomi ( termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia

Timur contoh Sungai Mekong),kewangan ( termasuk memerhati aliran modal kawasan),

pembangunan sumber social dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal,

budaya dan informasi serta pembangunan infrastruktur.

5. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik

kepada semua negara, bagaimanakah Malaysia memanfaatkan hubungan luar

demi kemajuan dalam bidang pembangunan negara.

Pertukaran/perkongsian teknologi dengan negara serantau, pertukaran/

perkongsian sains dan maklumat dengan negara serantau, kerjasama dalam

bidang ekonomi seperti perdagangan dan perindustrian, melakukan penyelidikan

bersama dalam bidang keberhasilan utama negara serantau, memeterai perjanjian

persefahaman dalam bidang ekonomi, menyediakan tenaga kerja pakar/nasihat

pakar dalam bidang pembangunan, menjalin hubungan diplomatik dengan semua

negara ASEAN, membantu negara-negara serantau yang menghadapi masalah

kewangan/politik, perjumpaan/persidangan/perbincangan dengan menteri-menteri

bertanggungjawab dalam bidang ekonomi serantau, mengadakan hubungan

serantau dengan negara-negara maju seperti ASEAN + 3, mengambil contoh budaya

kerja berprestasi tinggi untuk diamalkan dalam negara, menubuhkan pusat-pusat

kecemerlangan serantau dalam bidang ekonomi/pendidikan/kebudayaan.

6.Apakah cabaran-cabaran dan langkah-langkah dalam usaha mengekalkan

hubungan baik antara Negara-negara serantau.

Antara cabaran-cabaran dalam usaha untuk mengekalkan hubungan

baik dengan Negara-negara serantau adalah perbezaan ideologi atau pemikiran,

kemelesetan ekonomi, masalah jenayah, permerdagangan manusia, pendatang tanpa

izin dan transit penjualan dadah.

Langkah-langkah bagi mengatasi cabaran tersebut adalah setiap Negara

anggota perlu bersatu padu dalam menjaga kepentingan bersama, bantu membantu

apabila diserang musuh, sering mengadakan mesyuarat, kerjasama ekonomi dan

pertahanan. Selain itu, Negara anggota juga perlu menghormati kedaulatan Negara-
negara anggota yang lain dan mengukuhkan sistem pertahanan Negara.

7. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme

Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism hasil daripada hubungan dengan negara

luar.

Sifat hormat menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar

boleh mendatangkan kepada Negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan

Negara luar dapat mempertingkatkan semnagat cinta akan tanah air serta mayarakat

berharmoni dalam kalangan warganegara kita.

Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu

mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.

Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentranformasikan

Negara kita akan menjadi sebuah Negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.

8. Rumusan

Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah perhubungan

antarabangsa. Kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak

menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya

saing dengan negara-negara maju yang lain.

Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan

bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara.

Negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti dan berwibawa serta

pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.


CONTOH 3 [SMK DESA JAYA & SMKJ6]

SEJARAH SPM KERTAS 3 2013

9.2 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TEMA/TAJUK : 9.2 BAB 9 TING 5

CONTOH JAWAPAN

1.       Jelaskan maksud pertubuhan serantau dan pertubuhan antarabangsa

Pertubuhan yang dianggotai negara jiran

Dalam lingkungan kawasan yang sama

Seperti Malaysia dan negara-negara jiran/ASA/MAPHILINDO/ASEAN

Demi kepentingan politik/ekonomi/sosial

Pertubuhan dianggotai di peringkat dunia

Komanwel/ PBB/NAM/OIC/Negara selatan2

Agensi antarabangsa FAO/WHO/UNESCO/Bank dunia

Malaysia aktif selepas merdeka

2.       Terangkan dasar luar Malaysia sejak merdeka sehingga kini

Tahap pertama semasa Tunku Abd Rahman Putra al Haj

Dasar luar Malaysia Tunku bersifat pro Barat

Dilaksnakan kerana faktor politi/ekonomi/social

Kerana ancamana komunis/Parti Komunis Malaya

Malaysia memerlukan bantuan pertahanan dari negara2 Komanwel

terutama British/Australia/new Zealand

Malaysia menandatangani Perjanjian pertahanan Inggeris Tanah melayu/

Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pd 1965 bagi menyekat pengaruh

komunis

British member bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang

Berbaik-baik dengan negara jiran

Wujud krisis seperti konfrontasi dgn Indonesia (1963m -1965)

Terputusnya hubungan dgn Filipina (1965)

Singapura keluar dari Malaysia

Malaysia memelihara hubungan dengan negara jiran

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand

dan Filipina (12961)

MAPHILINDO (1962) bersama-sama Indonesia dan Filipina

ASEAN (1967) bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura

Faktor ekonomi

Pergantungan Malaysia kpd Britain

Malaysia anggota blok sterling

Urusan perdagangan dalam nilai mata wang sterling

Tertumpu kepada hasil bijih timah dan getah

Bergantung permintaan daripada negara Barat termasuk Britain

Pelaburan Britain menguasai perladangan dan perindustrian

Malaysia mengamalkan pasaran bebas

Membina rangkaian perdagangan dengan negara2 spt AS/Jepun/Spura/

Jerman Barat

Bagi mengurangkan pergantungan kpd Britain

Bagi mencari pasaran baru

Tahap kedua semasa Tun Abd razak dan Tun Hussein Onn (1976 -1981)

Berubah kepada dasar berkecuali

Berbaik-baik dengan semua negara

Kerana kurangnya peranan AMDA

Pengaruh British di timur berkurangan

Pergolakan di Vietnam

Melibatkan dua kuasa besar iaitu AS dan China

Mengistiharkan konsep ZOPFAN

Zon Aman, Bebaqs dan Berkecuali/Zone of Peace, Freedom and Neutrality

(ZOPFAN)

Menjalin hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis

Seperti China/ Jerman Timur/ Korea Utara/ Vietnam Utara/ Mongolia

Menjalin persahabatan dengan semua negara jiran

Dengan Vietnam (1976)

Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia dengan kerjasama

negara2 jiran

Tahap ketiga semasa Dato’ Seri Mahathir Mohamad (1981-2003)

Penekanan kpd kepentingan eko

Dan mengekalkan dasar luar tahap kedua

Kepentingan perdagangan/pelaburan/pembangunan

Terutama dgn negara yg membangun

Mengadakan hubungan yg erat dgn negara2 ASEAN

Seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kompuchea

Dasar pandang ke Timur (1982)

Menjadikan jepun/ Korea Selatan

Model membangunkan Malaysia

Bertujuan menggalakkan rakyat menerima nilai2 yg baik

Seperti smgt mencintasi negara

Kesungguhan bekerja

Etika kerja yg baik

Hubungan dua dengan negara2 lain dipertingkatkan

Banyak lawatan ke Afrika/Amerika Selatan/ Caribbean/ Pasifik Selatan

Misi perdagangan turut serta

Perjanjian dua hala ditandatangani

Menjalin hubungan pol/ perdgn sesame negara dunia ketiga dan bukan

shj dgn negara maju



Tahap keempat semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009

Kesinambungan dasar luar Msia Perdana Menteri sebelumnya

Respons pragmatic dalam menyahut cabaran geopolitik dan eko

Keteguhan sbg lanjutan dinamik kpd dasar sedia ada

Peranan kepimpinan yg berpengaruh

Sebagai Pengerusi Pergerakan Negara2 Berkecuali (NAM)/pertubuhan

Persidgn Islam (OIC)/ASEAN

Tahap Kelima semasa Dato’ Seri Najib b Tun Abd Razak (2010 -2013)

Penekanan dlm kerjasama serantau/ASEan

Menekankan hubungan dua hala dengan negra yg merupakan

negara ‘trading partner’ dgn Malaysia

Mengukuhkan hubungan dengan China

Mengukuhkan hubungan dengan Amerika

Mengukuhkan hubungan dengan Singapura

Mengukuhkan hubungan dgn Jepun



3 a) Terangkan peranan pertubuhan berikut dalam menjaga dalam  keharmonian serantau

i. ASA (5 Markah)

Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting

menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.

PKM telah diharamkan oleh kerajaan

Menyebabkan ahli-ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan

kerajaan

Ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang

bersempadanan dgn Malaysia.

PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan

gerakan gerila

Filipina turut diancam oleh pengaruh Komunis

Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA

Pada 31 Julai 1961, satu mensyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia

dengan Thailand dan Filipina

ASA telah ditubuhkan.

Matlamat ASA termasuklah menjalin kerjasama di kalangan negara

anggota dlm bidg ekonomi, sains dan social

Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan

dalam bidng sains dan teknologi di kalangan negara anggota

Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-
negara serantau


3 a) Terangkan peranan pertubuhan berikut dalam menjaga dalam

keharmonian serantau

ii. MAPHILINDO (5 Markah)

Tujuan utama MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan

persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina

dan Malaysia-Indonesia

Pertelingkahan disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia.

Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana

Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu

neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru

Tentangan Filipina kerana negara tersebut menuntut Sabah yang

didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan dgn Filipina

dan Indonesia

Membawa kepada penubuhan MAPHILINDO

Sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat

Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia.

PBB telah menghantar perwakilannya tahun 1963 diketuai Lawrence V

Micheal More

Majority rakyat kedua negeri berkenaan besetuju dan menyokong

pembentukan Malaysia

Indonesia dan Filipina kurang berpuashati dgn hasil siasatan PBB dan terus

menentang pembentukan Malaysia

Menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi




3 a) Terangkan peranan pertubuhan berikut dalam menjaga dalam

keharmonian serantau

iii. ASEAN (8 Markah)

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan

negara-negara jiran tetap diteruskan dengan termeterainya Deklarasi

Bangkok pada 8 Ogos 1967

Yang membawa penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara @

ASEAN

Matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan

politik di Asia Tenggara

Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, social dan

kebudayaan

Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang

pertanian, perdagangan dan perinbdustrian

Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan

penyelidikan

Serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau

pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Keanggotaan ASEAN ketika itu terdiri daripada lima buah negara

Iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh dengan Vietnam,

Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea.

Negara Papua New Huinea telah dilantik sebagai pemerhati



3 b)

i. Terangkan peranan dan sumbangan ASEAN terhadap negara-
negara anggota

 (12 Markah)

Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pd bln

Nov 1971

Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota

yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur

Mereka sepakat mengisytiharkan negara2 ASEAN sebagai Zone of Peace,

Free and Neutrality (ZOPFAN)

Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan

kestabilan politik di rantau Asia Tenggara,

 tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur

Bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar

Konsep ZOPFAN teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada

1978 menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge.

ASEAN telah mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan

Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Noradum

Sihanouk.

Dalam mesyuarat 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan

bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.

Rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan

perairan dan kemudahan pelabuhannya

untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear

Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek

perindustrian

contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh

(Indonesia)

Kerjasama ekonomi ASEAN melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas

ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA)

Yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992.

Malaysia mengemukan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop

kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini

Melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan

Idea dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

Dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic

Caucus (EAEC)

Idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika

Syarikat

Kerjasama tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3

Menteri-menteri luar negera China, Jepun dan Korea dijemput menghadiri

siri perbincangan tentang kerjasama

Kerjasama dalam bidang pendidikan wujud dgn tertubuhnya Pertubuhan

Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMO)

Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik

(RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia

Kerjasama atas semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan

dan social

Seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan

menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN

Pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan

Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara

melalui semangat kesukanan

Dalam bidang pelancongan dengan mengadakan Tahun melawat ASEAN

pada 1992



4. mengaplikasi

Pertukaranilmudanteknologidengan Negara luardalammenjanakemajuan Negara.

Bagaimanakahpertukaranilmudanteknologidengan Negara luardapatmenjanakemajuan

Negara?

Apabilapertukaranilmudanteknologidengan Negara

luarkitaakandapatmelahirkanmasyarakat yang kreatif

Selainituteknologijugaakanmeningkatkandayasaingsertamelahirkaninsan yang inovatif.

Kewujujudanteknologi-teknologibaruhasilpertukarandengan Negara

serantaudapatmeningkatkanpemikiranrakyatsertamempelbagaikankemahiran

Apabilarakyatdapatmenerokabidang-
bidangbarupelbagaipenciptaandanpenemuanbarudalambidang-
bidangkemahirandapatdiperolehi.

Teknologi-teknologibarudapatmemajukansektorperindustriansertameningkatkan sector

pembuatan.

Ciptaan-ciptaansepertikelahirankeretanasional,kemajuansistempenggangkutan,

danmelahirkanangkasawan Negara yang pertama.

Rakyat yang terdedahdenganteknologidanpenciptaanbarumerekabersediamenerimaperubahan yang

positif


5. menilai

Berdasarkanpemerhatianandakemukakankejayaan yang dicapaiolehnegarakitahasilhubunganserantau

Penguasaanteknologiterkinihasilhubungandengannegara-negara yang mempunyaiteknologi

yang lebihmaju.

Dapatberkongsiilmupengatahuanseterusnyameningkatkanpengatahuan

Mengendalikanpelbagaibentukperniagaankeperingkatantarabangsa

Membukapeluangkepadarakyatuntukmempelajaripelbagaibahasa.

Hasil-hasilkesusasteraandapatdiperkayakandenganhasilperkongsianilmu

Rakyat jugaberpeluanguntukmenikmatpelbagaimakanan.

Meningkatkanaktivitiekonomiserantaudengansemuanegaraserantauberpeluangsalingberker

jasama

Dapatmenjaminkeselamatan Negara-negaraserantau.

Perdaganganantarabangsameningkatdengan Malaysia

dapatmengeksporthasilkomoditikenegara-negaraserantau

Anggota-anggotanegaraserantaudapatberkongsikepakarandanteknologiterkini.

6. menjana idea

Perananangenerasimudauntukmenjadikan Malaysia sebagaisebuah Negara yang maju.

Padapendapatanadaapakahperanangenerasimudauntukmenjadikan Malaysia sebagaisebuah

Negara yang maju?

Mengukuhkansemangatcintaakan Negara

Mengeratkanperpaduanbangsa

Memeliharajatidiri

Melengkapakandiridenganilmupengatahuan

Menguasaipelbagaikemahiran

Meningkatkanpengatahuandalamsaiansdanteknologi

Mempunyaisemangatkepimpinan yang jitu

Gigihberusaha

Mempertahankankedaulatan Negara

Mempunyaidisiplin yang tinggi

Brtanggungjawabmemajukan Negara

7. Nilaimurni.

Sebagaiwargaglobal ,apakahnilai-nilaiyang

dapatdiamalkanuntukmembolehkankitahidupbersamadenganamandanharmoni.

Sentiasabersediauntukbekerjasama

Berfikiranpositif

Mempereratkanhubungandiplomatik

Mengukuhkanperpaduankaum

Mengurangkankerenahbirokrasi

Bersediamenerimaperubahan

Bertoleransi

Menjagakeamanannegara

8 Rumusan

• Pengatahuan yang diperoleh

• Iktibarkepadadiri, bangsadan Negara

• Harapanuntumasadepan Malaysia yang lebihcemerlang







31 comments:

  1. ni soalan sebenar ke atau sekadar contoh soalan saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chegu Sejarah. Buat pengetahuan tuan/puan, soalan ini bukan soalan sebenar/muktamad Sejarah SPM K3. Soalan ini adalah soalan tudingan yang saya gubal berdasarkan kecenderungan saya terhadap tema/tajuk tugasan Sejarah SPM K3. Ia juga sebagai gambaran awal tentang bentuk soalan yang munkin ditanya dalam tugasan spesifik nanti.

      Delete
    2. jawapan nii sama kaa dengan soalan yang betul ?

      Delete
  2. terima kasih cikgu... doakan kami dapat jawab.....

    ReplyDelete
  3. thanks ya.sy sangat tertarik dgn blog chegu dan x keterlaluan rasanya jika sy akui sy hanya perlu masuk blog chegu utk mndapatkan bahan rujukan yg sy perlukan dan smua yg sy perlukan ada kat sini.terbaikkk!!!

    ReplyDelete
  4. Yeah....semoga anda dapat menjawab dengan baik dan seterusnya memperoleh keputusan flying colors dalam kertas sejarah spm..sila ikuti blog chegu sentiasa...SKOR A SEJARAH SASARANKU.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, adanya tenaga pengajar seperti ini amat memudahkan kami sebagai pelajar sekolah untuk mencari dan mendapatkan bahan rujukan. terima kasih cikgu !

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas pujian. Semuanya atas kehendak dan izin Allah jua. Chegu sejarah mendoakan saudara/i dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 khususnya bagi mata pelajaran sejarah. Besarlah harapan chegu supaya anda berkongsi maklumat yang diperoleh daripada laman blog ini dengan semua rakan/calon SPM yang lain. GEMPUR A SEJARAH!

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu kerana memberikan penerangan yang terperinci tentang teknik menjawab kertas 3 sejarah ini Awesome!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah,,sila kongsikan dengan rakan-rakan SPM yang lain.

      Delete
    2. yeaa.....ini lki la cgu!!..like! like! tnpa cgu mstilh kmi takn brjya kn.!!!

      Delete
    3. :) Semoga berjaya! Chegu doakan sentiasa.

      Delete
  8. salam tapi cikgu
    macam sama je tema yg tv3 war2 kan utk spm paper 3 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tema memang sama, tapi soalan sebenar chegu tidak tahu. Namun begitu, skop tema tersebut menyatakan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Jadi, chegu bangunkan soalan tudingan di atas. Mudah mudahan ianya keluar dalam SPM sebenar nanti.

      Delete
  9. Salam sejahtera Cikgu. Bolehkah saya tanya berapa panjang haruslah jawapan bagi Sejarah Kertas 3? Menurut cikgu sekolah saya, kita perlu huraikan setiap isi jawapan. Sekiranya soalan itu 10 markah, maka kita perlu menjawab 10 isi + huraian + contoh. Adakah itu cara yang betul? Saya bimbang tidak cukup masa untuk menghabiskan soalan.

    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam chegu sejarah buat Gabriel Emerson. Begini, dapatan kajian tugasan umum (daripada buku teks) perlulah dicerakinkan kepada isi/fakta, huraian fakta dan contoh jika ada. tandakan maklumat tersebut dengan pen warna. Tidak semestinya kita tiru/salin bulat-bulat fakta kerana ia akan menjejaskan masa menjawab, melainkan saudara memiliki kepantasan menulis 200km/j. Seeloknya daripada cerakinan fakta, huraian fakta dan contoh tadi, saudara boleh menggunakan/mengolah ayat sendiri tanpa menjejaskan maksud jawapan.

      Delete
  10. assalamualaikum cikgu..sye dari smk lembah subang harap cikgu2 skalian mndoakn utk kami smua agar jwb paper sejarah dgn tenang..:)terima kasih ats bntuan ckgu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa chegu memang iringi pelajar senantiasa.

      Delete
  11. blog chegu mmang terbaik !!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. haraplah apa yang saya cari akan keluar hari esok

    ReplyDelete
  13. terima kasih byk chegu

    ReplyDelete
  14. Mawar berduri binti ouhh sakitnya13 November 2013 10:00

    ty chegu sbb bg information psl ne at least dpt bntu sye jwb besok...hurmm dahlah encem,kacak,macho bijak pndai plak tu...agak2 bleh jdi bini no2 chegu best gak ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam chegu sejarah. Semuanya itu adalah pemberian Allah dan adalah sementara. Chegu doakan saudari berjaya dalam SPM 2013! :)

      Delete
  15. kita ikut contoh salah 1 je kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam chegu sejarah. Semoga berjaya semua buat calon SPM 2013!

      Delete
  16. cikgu, bagi soalan rumusan kertas 3 td, dia mnta dlm point a, b & c. tapi sy gabungkan smua jwapan bg a, b & c jadi 1 perenggan. so, sy xda markah ke dlm rumusan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bimbang. Jika saudari ikut panduan soalan tudingan cikgu, dapat markah penuh walaupun dalam 1 perenggan.

      Delete
  17. Banyak soalan2 dari blog cikgu ni keluar tadi untuk Sejarah kertas 3. Terima Kasih Cikgu!! :)

    ReplyDelete
  18. Slm..sy nk tny..apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan malaysia dalam menangkis anasir luar terhadap kemajuan malaysia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi politik:
      -sistem pertahanan sempadan yang longgar
      -rasuah peringkat dalaman/perlanggaran integriti penjawat awam
      -rakyat yang berpaling tadah kepada negara
      -kelemahan pentadbiran
      -sistem politik yang tidak stabil
      -tiada perpaduan di kalangan rakyat
      Dari segi sosial
      -tidak menguasai ilmu/kemahiran
      -tiada kesedaran semangat nasionalisme
      -kurangnya penyertaan dalam pasukan keselamatan
      -penjajahan bentuk baru terhadap masyarakat seperti hiburan yang melampaui batas
      -cenderung/fanatik/taksub terhadap keagungan dan kekuasaan negara barat
      -teknologi maklumat yang merentasi bangsa tanpa sempadan
      Dari segi ekonomi:
      -terlalu bergantung kepada ekonomi negara barat
      -pinjaman daripada bank dunia
      -perbelanjaan kewangan yang tidak berhemah
      -amalan rasuah berleluasa
      -ancaman daripada penyangak mata wang seperti George Soros
      -terpaksa mengikut telunjuk kuasa ekonomi dunia seperti dalam perjanjian TPPA
      Dari segi geografi:
      -bentuk muka bumi Malaysia yang luas
      -kawasan maritim Malaysia yang luas

      Delete