Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2013,
Buat pengetahuan calon, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan/menyiarkan tajuk/tema umum SPM Sejarah Kertas 3. Calon boleh melihat tema/tajuk tersebut di blog chegu ini iaitu pada MENU >TEMA/TAJUK UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013 atau di http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2013/2013%201249_3%20QP%20UMUM%20CRC%20(Replacement).pdf
Chegu Sejarah juga ada menyediakan panduan dan saranan menjawab tugasan tersebut iaitu pada MENU > TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SEJARAH K1,K2,K3.
Insya Allah, Chegu Sejarah akan menyediakan soalan tudingan bagi kertas tersebut bersama cadangan jawapannya serta bahan bacaan/rujukan/kajian. Sebarang maklumat berkenaan Sejarah Kertas 3 chegu akan maklumkan secara am dalam post, manakala secara khusus dalam page TEMA/TAJUK UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013.
SEJARAH SPM
Monday 30 September 2013
Thursday 12 September 2013
MASA UNTUK DEKAT DENGAN ALLAH JUGA GURU DAN TIDAK LUPA IBU BAPA
Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2013. Sekadar peringatan kepada calon, SPM lagi 55 hari. Harap calon dapat membuat persediaan rapi yang secukupnya.
Di kala calon SPM sedang sibuk studi dan membuat ulangkaji, kita jangan lupa untuk beribadat kepada Allah lebih-lebih lagi apabila SPM makin hampir. Mintalah serta berdoa dengan kerap supaya kita diberikan pencerahan ketika belajar serta petunjuk untuk menjawab soalan SPM. Bersegeralah menunaikan yang fardhu. Rajin-rajinlah solat hajat, solat taubat, solat tahajjud dan bersedekah mudah-mudahan Allah memberi permudahkan segala urusan.
Selalulah berdamping dengan guru kita, mintalah dia supaya membimbing kita dengan sepenuh hati, minta maaf jika kita ada buat salah dengan guru kita. Selalu tanya dan rujuk guru berkenaan pelajaran kita.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa, ini masanya untuk kita membalas jasa ibu bapa kita. Renunglah wajah mereka, walau pun mereka selalu tersenyum, jauh di lubuk hati mereka, mereka sering menangis kerana perlu berfikir cara untuk mendapatkan sesuap nasi dan rezeki untuk kamu. Kepada yang masih tiada doalah untuk kesejahteraan mereka di akhirat.
Semoga calon-calon SPM berjaya! Skor A Sejarah Sasaranku.

Monday 9 September 2013
NOTA PADAT BAB 2 TINGKATAN 4
Salam Chegu
Sejarah buat saudara Amirul dari Perak,
Pada hari Jumaat lepas, chegu telah
menerima panggilan daripada saudara Amirul dari negeri Perak. Berlaku suatu perbualan akademik yang menjurus
kepada Sejarah SPM. Antara masalah saudara
Amirul ialah tidak faham sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 4, bab 2 dan
tidak tahu isi/fakta yang perlu ditekankan.
Disini saya sediakan imej imbasan nota bab 2 tingkatan 4
untuk rujukan/kemudahan saudara Amirul. Harap maaf mungkin imej imbasan tersebut tidak
jelas. Sila gunakan aplikasi zoom. Saudara Amirul juga boleh menambah isi-isi penting untuk melengkapkan lagi nota bagi jadual dibawah supaya banyak fakta dan huraiannya. Sebagai contoh : dalam aspek politik/pemerintahan tamadun Yunani dan Rom hanya dijelaskan dengan ringkas. Sila tambah huraian bagi ciri-ciri sistem demokrasi Yunani dan republik Rom.
Subscribe to:
Posts (Atom)