SEJARAH SPM

Thursday 29 October 2015

SPM 2015 SEMAKIN MENJELANG

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2015.

Seperti yang kita ketahui, minggu hadapan merupakan minggu pertama SPM bertulis. Adakah anda sudah bersedia?

Murid yang chegu kasihi, tingkatkanlah ibadah kita dengan Allah. Mohonlah petunjuk dari-Nya. Semoga kita beroleh pencerahan ilmu semasa menjawab peperiksaan nanti. Banyakkanlah amalan istighfar dan taubat kerana dosa-dosa yang lalu dapat menutup hati kita ke arah cahaya ilmu. Banyakkan juga amalan-amalan sunat seperti solat hajat, sedekah dan sebagainya.

Rapatlah hubungan dengan guru di saat-saat akhir ini kerana ada keberkatannya. Guru juga ada tip-tip akhir serta strategi khusus untuk membantu calon sebagai kemudahan menjawab.

Ulangkaji, latih tubi, perbincangan berfokus, jumpa guru/bertanya sekiranya ada kemusykilan, jangan terlibat dalam salah laku disiplin serta tingkat ibadah kepada Allah merupakan antara usaha-usaha murni kita di minggu akhir ini.

Kepada Allah kita berserah dan meengharap rahmat-Nya.

Saturday 22 August 2015

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2015.

Bagaimana dengan persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan percubaan SPM minggu hadapan?

Chegu berharap anda semua bersedia dengan mengulangkaji pelajaran serta berjumpa dengan guru-guru anda.

Tunjukkan kemampuan anda untuk memperoleh skor yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.

Peperiksaan Percubaan SPM adalah peperiksaan yang kedua terpenting selepas peperiksaan SPM.

Selain berusaha, berdoalah kepada Allah semoga kita memperoleh pencerahan serta petunjuk. Chegu ucapkan selamat berjaya!

Monday 18 May 2015

I LOVE MY STUDENTS!

Jika tema hari guru tahun ini Saya Sayang Cikgu Saya, chegu juga ingin mengucapkan sesuatu yang istimewa buat semua murid yang chegu kasihi. Tanpa guru siapalah murid, tanpa murid siapalah guru. Guru dan murid berpisah tiada. Chegu ingin menyatakan: chegu sayang anak murid chegu!

Monday 13 April 2015

SEJARAH ITU MENYERONOKKAN UNTUK DIPELAJARI!

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2015.

Bermula pada tahun ini chegu telah mengaplikasikan pembelajaran dan pengajaran abad ke 21 untuk mata pelajaran Sejarah SPM secara menyeluruh di sekolah chegu. Chegu mendapat maklum balas yang sangat baik dari calon kerana calon boleh mendapatkan maklumat tanpa batasan dengan menggunakan kemudahan komputer riba dan internet. Cuma chegu ingatkan; sebelum mengambil satu-satu sumber dari alam siber, pastikan kesahihan sumber tersebut dan nyatakan rujukan bagi sumber tersebut.

Terdapat banyak bahan yang boleh menyokong pembelajaran murid seperti video, imej, teks dan lain-lain melalui pelbagai capaian portal.  Murid lebih seronok belajar Sejarah. Kerja rumah yang sebelum ini dibuat dalam buku latihan telah ditukarkan kepada tugasan individu secara talian dan begitu juga dengan tugasan kumpulan.

Lebih banyak lagi keseronokan pada tahun ini..ayuh..

Monday 30 March 2015

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM 2014 SMKJP2 KERANA MEMBUAT LONJAKAN SEJARAH.

Salam chegu sejarah khusus kepada calon SPM 2014.

Keputusan SPM 2014 telah pun keluar pada 3hb Mac yang lalu. Chegu rasa tidak terlambat untuk chegu ucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya memperolehi kecemerlangan.

Chegu juga berasa bangga kerana calon SPM SMKJP2 2014 telah melakar sejarah baru di sekolah ini dengan satu lonjakan kecemerlangan sejarah. Seramai 25 orang calon memperoleh kecemerlangan daripada 94 orang calon. Ia merupakan pencapaian terbaik Sejarah SPM sejak tahun 2008 dari segi GPS dan peratus lulus.

Ini menunjukkan satu kayu ukur/penanda aras yang baru  dicapai.

Tanggungjawab seterusnya adalah jatuh kepada bahu-bahu calon SPM 2015, apa kata anda calon-calon SPM 2015?







Wednesday 28 January 2015

PEMBELAJARAN SEJARAH SPM ABAD KE 21.

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2015.

Mulai tahun ini, chegu akan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran alaf ke 21 dengan menekankan KBAT serta pembelajaran secara talian. Istimewanya, ianya khusus untuk anak murid chegu yang menuntutdi SMKJP2. 

Bagi murid di luar sana, anda boleh menjadikan laman blog chegu sebagai tapak perbincangan dan sumber bahan pelajaran. Anda juga boleh menikmati kemudahan beberapa aplikasi hebat dalam laman blog chegu seperti aplikasi padlet.com .

Seperkara lagi, chegu minta maaf jika chegu lambat membalas atau menjawab sebarang kemusykilan murid di luar sana kerana kesibukan profesional sejarah. Chegu  berharap murid yang ada kepakaran sejarah di luar sana dapat membantu chegu dalam menjawab segala kemusykilan sejarah, sebelum chegu murnikan.

Selamat mempelajari Sejarah, ianya pasti menyeronokkan.

Wednesday 14 January 2015

SALAM CHE'GU SEJARAH BUAT SEMUA CALON SPM 2015!

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2015.

Selamat kembali ke sekolah dan semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria? Bagaimana hari pertama persekolahan? Tentu menyeronokkan. Chegu berharap semangat dan motivasi ini dapat diteruskan sehingga tamat peperiksaan SPM.

Murid-murid yang chegu kasihi, 

Tiba masanya untuk kita berubah kepada sesuatu yang lebih dinamik. Ibu bapa kita telah banyak melabur supaya kita berjaya dalam SPM. Jangan hampakan harapan ibu bapa kita. Berhijrahlah, dengan dimulakan dengan sikap. Chegu percaya anda semua boleh lakukan.

Semoga anda semua beroleh manfaat.