SEJARAH SPM

Saturday 15 November 2014

TERIMA KASIH KERANA MENJADI ANAK MURID CHE'GU!



Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM, khususnya anak murid chegu Ting. 5 SMK Jengka Pusat 2, Bandar Jengka, Pahang.

Dengan berakhirnya kertas Sejarah 3 pada hari Khamis yang lalu (13/11/2014), maka Kelas Sejarah Tingkatan 5A, 5B, 5C dan 5D tahun 2014 dibubarkan. Terima kasih kerana anda semua memberi kenangan manis, suka dan duka dan rasa kebersamaan sama ada dalam situasi sukar dan senang.

Halalkan segala pengajaran chegu dan minta maaf jika terdapat kesilapan pengajaran, terkasar bahasa dan perbuatan. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan itu sangat berat dan pilu bagi chegu tetapi itulah hakikat kehidupan. Chegu perlu teruskan perjuangan dan begitu juga dengan anda semua. Capailah kegemilangan demi kegemilangan dan ingatlah pesan chegu ini, "diri anda disayangi".


TERIMA KASIH KERANA MENJADI ANAK MURID CHEGU. 
#bila diri disayangi

Students 5B dan 5D

Students 5A, 5B dan 5C

Students 5B dan 5D

Students 5B dan 5D

Students 5A










Sunday 2 November 2014

SELAMAT BERJUANG MENEMPUHI SPM 2014

Che'gu Sejarah mendokan semoga calon sukses dalam SPM
Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM yang chegu kasihi.

Esok merupakan hari penting buat semua calon SPM. Tempuhilah hari-hari tersebut dengan iman serta penuh rasa tawakkal kepada Allah. Chegu percaya anda semua telah berusaha dengan gigih, Insya Allah, Allah akan menolong orang yang ikhlas.

Jagalah keselamatan diri dalam bulan peperiksaan ini, giatkan ibadah kepada Allah dan kepada-Nya kita berserah.

Selamat berjuang dan semoga sukses!

Thursday 16 October 2014

CADANGAN SOALAN DAN JAWAPAN TUGASAN UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014!

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM.

Chegu mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutama calon-calon sekolah chegu dan calon-calon dalam laman blog chegu kerana telah berkongsi dapatan kajian tugasan umum Sejarah SPM Kertas 3 sehingga membawa kepada kejayaan membina cadangan soalan dan jawapan Sejarah SPM Kertas 3.

Dapatan kajian tersebut boleh dicapai melalui laman blog chegu iaitu di MENU dan klik TEMA/TAJUK TUGASAN UMUM SEJARAH SPM K3 atau terus kepada pautan ini http://padlet.com/rosnisal/tgsnumumsejk3

Chegu juga akan memuat naik beberapa cadangan soalan dan jawapan Sejarah SPM K3 Daerah chegu untuk kemudahan calon-calon SPM. Sila peka dan prihatin.

Akhir kata, "Keep Calm and Study History".



Wednesday 8 October 2014

LAKSANAKAN KAJIAN DAHULU, BUKANNNYA TANYA JAWAPAN KEPADA CHE'GU SEJARAH

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014.

Sejak tema/tajuk umum Sejarah Kertas 3 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, ramai calon SPM 2014 kemukakan soalan-soalan dan meminta chegu menulis jawapannya. Sebenarnya konsep kajian ini adalah salah dan perlu dibetulkan. Tugasan umum bermaksud calon perlu melakukan kajian terhadap sumber/bahan dan seterusnya berbincang dengan guru adakah dapatan kajian itu perlu dimurnikan atau sesuai digunakan sebagai bahan rujukan dalam tugasan spesifik kelak.

Maka, chegu syorkan kepada calon SPM supaya buat kajian terlebih dahulu. Segala jawapan bagi cadangan soalan sepatutnya dikaji dan diteliti terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai bahan rujukan tugasan spesifik. Kongsikan bersama saya (Che'gu Sejarah) dapatan kajian anda untuk tujuan pemurnian. Insya Allah chegu akan membantu.

Selepas ini chegu tidak akan layan sebarang permintaan untuk jawapan bagi cadangan soalan Sejarah K3, kecuali bagi calon yang telah memberikan jawapannya sendiri untuk chegu murnikan. 

Wallahualam.

Tuesday 30 September 2014

CADANGAN SOALAN TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3 2014

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014.

Suka chegu ingatkan, satu cadangan soalan tugasan umum bagi Sejarah SPM K3 telah chegu bangunkan. Buatlah kajian terhadap cadangan soalan tersebut. Dapatan kajian tersebut boleh dibincangkan bersama rakan dan guru sejarah anda. 

Untuk melihat cadangan soalan tersebut sila lihat MENU>TAJUK/TEMA TUGASAN SEJARAH SPM K3 atau klik di pautan ini: http://padlet.com/rosnisal/tgsnumumsejk3

Selamat mengkaji!

Monday 4 August 2014

STUDY SMART: SATU TANGGAPAN SALAH YANG PERLU DIBETULKAN

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014.

Seringkali kita dengar ungkapan study smart  lebih-lebih lagi bulan-bulan terakhir sebelum SPM. Adakah kita mengetahui maksud sebenar study smart? Ramai calon mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang ungkapan ini yang seterusnya mempengaruhi tingkah laku belajar calon. Di ruangan ini chegu ingin betulkan semua salah anggapan itu.

Study Smart ialah satu amalan pembelajaran yang sistematik serta menyeluruh yang merangkumi pembelajaran dalam kelas dan luar kelas serta memberi impak yang berkesan. Chegu berpegang kepada prinsip tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Jadi study smart bukanlah jalan pintas untuk belajar apatah lagi untuk berjaya dalam akademik. Study smart juga bukan kerana kepandaian atau genius murid itu sehingga tidak perlu ulangkaji. Study smart juga bukanlah semata-mata perlu pergi kelas tuisyen.

Bak kata pepatah Barat, "puncak Everest tidak dapat ditawan dalam masa sehari". Begitulah dalam pelajaran. Anda perlu berusaha mengikut landasan dan cara yang betul. Studi secara bijak ini merangkumi input pembelajaran kita dalam bilik darjah (sekolah) dan input pembelajaran luar bilik darjah (rumah, lawatan, virtual learning dll) dan outputnya ditunjukkan dalam peperiksaan/pentaksiran. Ini bermakna ada jadual pelajaran di sekolah dan rumah dan diterapkan dengan penuh dedikasi dan konsisten. 

Ia juga melibatkan beberapa disiplin teknik pembelajaran seperti ansur maju, kontekstual, perbincangan, kemahiran berfikir aras tinggi dan sebagainya.

Tulisan chegu ini berdasarkan pengalaman chegu sebagai seorang murid. Chegu tidak dianugerahkan kelebihan IQ yang tinggi/genius. Chegu bergantung kepada kerja keras, rapi dan tidak mudah mengalah. Atas faktor itulah chegu menulis Teknik Belajar Sejarah SPM dalam laman blog ini sebagai kemudahan untuk calon mempelajari kaedah belajar yang cemerlang. Untuk pengetahuan semua, bidang Sejarah bukanlah bidang keutamaan chegu di peringkat awal tetapi kini chegu boleh kongsikan segala ilmu berkenaan Sejarah kepada semua calon. Sejarah telah menjadi darah daging chegu.

Rumusnya, study smart perlulah betul pada caranya, sesuai dengan istilah smart itu sendiri dan Insya Allah, calon akan memperoleh keputusan yang cemerlang dengan konsep study smart yang betul.

Semoga lulus, berjaya dan cemerlang!

Saturday 5 July 2014

SPM 2014: 4 BULAN DARI SEKARANG





Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014.

Sudah lama chegu tidak menulis dalam ruangan ini kerana kesibukan chegu bersama murid-murid chegu. Namun ianya bukan menjadi halangan kepada murid di luar sana untuk bertanya sebarang kemusykilan atau persoalan mengenai Sejarah SPM. Hubungilah chegu melalui laman blog ini atau email. Chegu sedia membantu saudara/i.

Murid-murid yang chegu kasihi,

Di bulan Julai yang penuh berkat ini bersempena bulan Ramadhan, tingkatlah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan menunaikan segala ibadat yang wajib mahu pun yang sunat. Gunakanlah kesempatan bulan Ramadhan ini untuk bermunajat kepada Allah dan mohonlah kepada-Nya kecemerlangan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia 2014. 

Masa sangat cepat berlalu. SPM 2014 akan bermula 4 bulan dari sekarang. Adakah anda sudah bersedia? Insaflah, tebus kembali kesilapan dan kecuaian kita yang lampau dengan belajar bersungguh-sungguh. Chegu tahu dan yakin murid-murid chegu mampu lakukan!

Kita kongsi kejayaan dan kegembiraan keputusan SPM 2014 pada tahun hadapan! Ayuh! Bersama kita menuju kejayaan..

Janganlah kita menyesal di kemudian hari..





Monday 10 March 2014

ANALISIS SOALAN KBAT SEJARAH SPM KERTAS 2 DAN KERTAS 3 TAHUN 2013

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2014.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, chegu mendapati bahawa soalan KBAT dalam Kertas 2, bahagian A memperuntukkan 22 markah daripada 40 markah manakala bahagian B memperuntukkan 36 markah daripada 60 markah. Ini menunjukkan lebih 50% soalan KBAT diuji dalam SPM. Ini juga mencerminkan pemberatan soalan kbat dalam SPM 2014 adalah sama/hampira sama seperti SPM 2013.

Bagi sejarah SPM kertas 3 yang berbentuk tugasan, soalan kbat adalah tertumpu kepada nombor soalan 4, 5, 6 dan 7 yang mana ia memperuntukkan lebih 60 markah. Bagi nombor soalan selain dinyatakan di atas, jawapan boleh diperoleh terus daripada buku teks. Calon-calon perlu membuat tugasan dan kajian terutama bagi soalan aplikasi, menilai, menjana idea dan juga nilai-nilai murni/patriotik/iktibar. Dapatan kajian boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan, majalah, makalah, jurnal, laman sesawang malah boleh juga melalui perbincangan bersama rakan sebaya dan guru sejarah anda.

Rumusnya, soalan KBAT dijangka menjadi elemen penting dalam SPM pada tahun ini iaitu sama dengan tahun lepas 50% atau lebih soalan kbat akan diuji dalam peperiksaan. Sila prihatin dengan laman blog chegu untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan KBAT dalam SPM Sejarah.

"Sejarah itu menyeronokkan"

Wednesday 22 January 2014

TERBARU: RUANGAN PERBINCANGAN DAN FORUM SEJARAH SPM

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014. Buat pengetahuan calon, chegu telah bangunkan satu platform rasmi iaitu RUANGAN PERBINCANGAN DAN FORUM SEJARAH SPM untuk menggalakkan murid-murid terlibat dalam sesi perbincangan bersama rakan dan guru di samping dapat meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Platform tersebut boleh dicapai dengan memilih MENU dalam laman blog chegu dan klik pada page RUANGAN PERBINCANGAN & FORUM SEJARAH SPM. Anda akan dihubungkan kepada aplikasi padlet yang dijadikan sebagai tapak perbincangan antara guru, rakan dan Chegu Sejarah sendiri.

Semoga memberi manfaat buat semua!

Thursday 9 January 2014

SALAM CHE'GU SEJARAH BUAT CALON SPM 2014! & MENU TAMBAHAN

Salam chegu sejarah buat semua calon SPM 2014 tidak kira di mana jua anda berada Mulakan tahun baru ini dengan azam untuk lulus dengan cemerlang dalam Sejarah SPM. Chegu disini sentiasa bersedia membantu dan membimbing anda dalam mata pelajaran Sejarah SPM melalui aplikasi laman blog ini.

Buat pengetahuan calon, chegu telah menambah beberapa menu baru dalam laman blog ini. Menu tersebut dihubungkan kepada aplikasi padlet yang mengandungi pelbagai bahan pembelajaran yang telah chegu bangunkan seperti peta minda, nota, lembaran kerja, modul dan lebih istimewa modul pengajaran guru, khusus bagi kegunaan guru sejarah mengajar di dalam kelas. Ia juga boleh diakses oleh murid. Walau bagaimanapun, modul tersebut masih dalam pembangunan. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Akhir kata chegu sejarah, " Learn History, For Love, For Honor, For Valor.