SEJARAH SPM

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN SPM

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

  1. Kenalpasti kedudukan meja di pusat/dalam bilik peperiksaan.
  2. Pastikan alat tulis adalah mencukupi seperti pen, pensel, pembaris, pemadam dan alat tulis tambahan yang lain. Sediakan spare bagi setiap alat tulis sebagai langkah-langkah kecemasan. Beli baru jika alat tulis rosak.
  3. Pastikan kad pengenalan/pengenalan JPN sementara dan slip peperiksan dalam keadaan baik. Simpan di tempat yang selamat.
  4. Pastikan baju uniform dalam keadaan baik dan bersih. Disarankan pakai baju baru untuk lebih semangat dan ceria. Jika tiada memadai dengan baju yang kemas. Gosok baju dan bersihkan kasut.
  5. Pastikan jam tangan dalam keadaan baik untuk mengurus masa, cermin mata dalam keadaan baik untuk mata dan mesin kira (kalkulator) dalam keadaan baik. Gantikan dengan bateri yang baru jika kuasa kalkulator lemah.
  6. Pastikan kenderaan ke sekolah/pusat peperiksaan dalam keadaan baik. Sila service motosikal/kereta bagi pelajar yang berkenderaan sendiri ke sekolah/pusat peperiksaan.

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

  1. Semak sekali lagi semua peralatan. Letakkan di tempat yang mudah diambil.
  2. Jika perlu menelefon kawan lakukan dengan ringkas.
  3. Jika perlu studi, lakukan secara express, iaitu dengan hanya membelek isi penting sahaja.
  4. Tidur awal. Disarankan tidak lewat pukul 11 malam.

SUBUH/PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

  1. Bangun awal. Dicadangkan pukul 5.00 pagi. Mandi dan bersihkan diri.Buang air besar dan air kecil. Solat Hajat dan Solat Subuh.
  2. Pakai baju baru/baju bersih/baju yang telah digosok/baju uniform yang kita gemari.
  3. Pakai minyak wangi tetapi jangan keterlaluan. Bedak sudah memadai jika tiada minyak wangi.
  4. Bersarapan yang khasiat. Jangan ambil sarapan yang bersambal dan berlemak. Ambil/makan kismis/kurma.
  5. Ambil semua alat tulis yang diperlukan. Jangan lupa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
  6. Minta maaf dengan ibu bapa. Cium tangan mereka.
  7. Datang awal ke pusat peperiksaan.

1 JAM SEBELUM PEPERIKSAAN

  1. Ambil wudhuk.
  2. Lakukan solat sunat.
  3. Jangan lupa senyum.
  4. Buat senaman ringan untuk lebih segar, tarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan rasa gementar.
  5. Banyakkan baca surah al Fatihah, 3 Qul serta selawat Nabi Muhammad untuk menghilangkan darah gemuruh.
  6. Makan gula-gula/kismis/kurma untuk lebih bersemangat dan daya tumpu.
  7. Jangan baca buku, steady, jangan terpengaruh dengan rakan yang membaca buku. Ini akan menyebabkan kita stress/gementar. Ingat kita telah berusaha. Jika perlu membaca buku, baca dengan ringkas.
  8. Jangan panik. Ingat Allah banyak-banyak.

MENJAWAB PEPERIKSAAN

  1. Mulakan dengan bismillah. Jawab dengan tenang.
  2. Buat rangka jawapan jika perlu. Baca dengan teliti arahan soalan dan fahami soalan.
  3. Tanya pengawas jika tidak faham atau terdapat sebarang kesulitan dan kemusykilan.
  4. Jika terlupa jawapan, baca istighfar banyak-banyak dan selawat Nabi Muhammad s.aw
SELEPAS MENJAWAB PEPERIKSAAN

  1. Bertawakkal kepada Allah. Semoga kita peroleh keputusan yang cemerlang.