GARIS PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBKK/KBAT SEJARAH SPM

PANDUAN MENJAWAB:


   Soalan KBKK sejarah dalam SPM seringkali menghantui murid-murid. Ini kerana mereka menganggap soalan KBKK adalah sukar dan memerlukan tempoh berfikir yang lama dalam membina jawapan KBKK.


   Kita perlu ubah persepsi ini kerana soalan KBKK adalah mudah; sebab soalannya adalah terbuka jadi jawapan KBKKnya juga adalah terbuka. Ini bermaksud jawapan KBKK tidak terikat dengan peraturan pemarkahan. Selagi jawapan yang diberikan oleh murid adalah munasabah maka markah yang baik akan diberi.


   Suka chegu ingatkan, jika calon SPM tidak menjawab soalan KBKK sejarah(biarkan kosong) maka sudah tentu tiada markah akan diberikan tetapi jika calon menjawab soalan KBKK walaupun calon merasakan jawapan tersebut seperti salah/terpesong peluang dapat markah tetap ada. Jadi yang mana satu lebih baik? Menjawab atau tidak menjawab? Sudah tentu menjawab.


   Andaikan pecahan soalan terakhir (soalan KBKK)  dalam K2 bhg A memperuntukkan 3 markah. 4 soalan struktur dan ini bermakna 12 markah. Bhg B perlu jawab 3 soalan. Andaikan terdapat satu sub soalan KBKK yang memperuntukkan 6 markah dan ini bermakna 18 markah. Jadi 18+12=30 markah. Mulai SPM tahun 2012 soalan KBKK mula bertambah. 30 markah minimum / 50 markah dalam K2 jika semua betul. Betul-betul mudah!

 SPM 2013 menyaksikan soalan KBAT lebih banyak iaitu dalam kertas 2 bahagian struktur, markah soalan KBAT ialah 22 markah daripada 40 markah, manakala bagi bahagian esei, pecahan soalan KBAT (soalan c (i) dan (ii)) memperuntukkan 12 markah. Ini bermakna markah KBAT soalan esei ialah 36 markah daripada 60 markah. KBAT lebih banyak daripada fakta!!


   Sebagai kemudahan calon-calon SPM, disini chegu kongsikan beberapa garis panduan menajwab soalan KBKK sejarah SPM. Semoga ianya bermanfaat buat semua calon SPM:

1. Kenal pasti bentuk soalan KBKK. Lazimnya ada 3 bentuk soalan KBKK iaitu:



  • Kontek diri (generasi muda)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif.
  • Kontek negara (rakyat)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif
  • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda-fakta sejarah/pendapat sendiri yang berlandaskan fakta.
  • Tanda pengenalan KBAT: Pada pendapat anda, pada pendangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kepentingan, kesan, sekiranya anda..., adakah anda bersetuju...Anda adalah..dan lain-lain
  • Terdapat 2 bentuk respon jawapan KBAT iaitu respon terbuka atau respon tertutup. Respon terbuka bermaksud jawapan KBAT calon boleh diambil daripada sumber luar/isu-isu semasa manakala respon tertutup bermaksud jawapan KBAT adalah bersandarkan fakta dalam buku teks sejarah (pengetahauan sejarah sedia ada).
2. Berani keluarkan apa sahaja idea yang logik walaupun anda berasakan idea itu tidak hebat.

3. Berikan pendapat yang mudah serta ringkas serta ayat yang lengkap dan tidak tergantung.

4. Pecahkan jawapan anda kepada isi-isi jawapan yang kecil.

5. Jawapan anda tidak semestinya dalam kontek sejarah kerana semua aspek jawapan adalah diterima!

6. Bersikap empati iaitu meletakkan diri dalam situasi soalan KBAT. Calon perlu membuat imiginisasi (bayangan) terhadap soalan KBAT.

CONTOH BENTUK SOALAN KBKK KONTEK DIRI (GENERASI MUDA)

Soalan: Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, jelaskan persiapan anda lakukan untuk mempertahankan Malaysia daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.

Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan, ini menunjukkan soalan KBKK ini berbentuk kontek diri.

Cadangan rangka jawapan KBKK yang boleh calon berikan:

1. Dari sudut akhlak diri:
  • mematuhi ajaran agama
  • mematuhi larangan agama
  • jujur dalam perbuatan
  • bertanggungjawab terhadap perbuatan
  • menghindar budaya negatif
  • kuat beribadah
  • taat kepada Tuhan/Allah
  • sentiasa muhasabah diri
2. Dari sudut positif diri:
  • rajin belajar/ulangkaji pelajaran
  • amalkan pendidikan sepanjang hayat
  • kuasai ilmu
  • kuasai kemahiran teknologi
  • kuasai pelbagai bahasa/bahasa Inggeris
  • tidak mudah putus asa
  • berdikari
  • kreatif dan inovatif
  • berani mencuba
  • tidak mementingkan diri sendiri
  • sanggup berkoraban untuk kebaikan
  • berdisiplin 
  • menjaga jati diri
  • berani menegakkan kebenaran
  • tegas pertahankan idea
  • bijak bertindak
  • bijak merancang masa depan
  • bersemangat waja
  • berbudi bahasa
3. Dari sudut hubungan sosial:
  • meningkatkan perpaduan kaum
  • semangat kekitaan
  • semangat bermasyarakat
  • bersedia bekerjasama
  • saling menghormati
  • menghargai rakan
  • bertolak ansur
  • menghormati pegangan agama lain
  • menghormati amalan budaya orang lain
  • membantu golongan yang memerlukan
  • menyokong dasar-dasar kerajaan
  • aktif dalam aktiviti sukarela
4. Dari sudut patriotisme:
  • cinta akan negara
  • setia kepada negara
  • menjaga nama baik negara
  • sanggup berkorban demi negara
  • berani berjuang
  • bersemangat kental
  • sanggup mempertahankan maruah negara
  • bijak merancang strategi sebelum bertindak
  • kekalkan kedaulatan negara
  • negara kita tanggungjawab kita
  • sepakat dalam perjuangan
  • berbangga dengan keunikan negara
  • menghormati perjuangan tokoh-tokoh negara
  • sedia berubah untuk kemajuan
  • tolak ansur dalam menghadai konflik
  • menolak amalan rasuah.

CONTOH BENTUK SOALAN KONTEK NEGARA (SEBAGAI RAKYAT)


Soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah, terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.

Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan. Ini bermaksud soalan KBKK tersebut adalah berbentuk kontek negara (sebagai rakyat).


Cadangan rangka jawapan yang calon boleh berikan:


ASPEK POLITIK:


1. Dari sudut kepimpinan:



  • memilih pemimpin yang benar-benar layak
  • memilih pemimpin yang berwawasan
  • memilih pemimpin yang jujur dan amanah
  • memilih pemimpin yang cemerlang
  • menghormati pemimpin
  • mencontohi pemimpin agung/Nabi Muhammad s.a.w
  • menolak pemimpin yang rasuah
2. Dari sudut keamanan:
  • mengekalkan keamanan negara
  • tidak memainkan isu yang sensitif
  • menghormati hak asasi
  • menghormati agama lain
  • menghormati budaya lain
  • mematuhi undang-undang negara
  • menolak sebarang bentuk keganasan
  • mengamalkan konsep 1 Malaysia
  • elak campur tangan asing
  • menghormati amalan demokrasi
  • menghargai keamanan
  • tidak bersikap fanatik
  • menegakkan undang-undang yang adil
  • menghormati prinsip demokrasi
  • menghormati suara ramai
  • mewujudkan perpaduan kaum
  • menolak politik perkauman
3. Dari sudut hubungan luar
  • mengelakkan peperangan
  • bersahabat dengan semua negara
  • menghormati negara lain
  • menghapuskan diskriminasi
  • bersama menentang gejala negatif
  • elakkan campurtangan asing
  • membantu negara yang memerlukan
  • adil kepada semua negara
  • menyokong usaha-usaha keamanan
  • mengamalkan prinsip berkecuali
  • mengelakkkan perlumbaan senjata
  • berpegang kepada nilai sejagat
  • menentang penggunaan senjata nuklear
  • menyokong keputusan PBB
ASPEK SOSIAL

4. Dari sudut pendidikan:
  • menekankan kepentingan pendidikan
  • menambah peruntukan bagi pendidikan
  • melaksanakan dasar pendidikan wajib
  • memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
  • menghargai para ilmuan
  • menggalakkan kajian dan penyeliddikan
  • membudayakan pendidikan sepanjang hayat
  • memberi biasiswa
  • membudayakan ilmu
  • memperbanyakkan perpustakaan
  • menambah bilangan penuntut PhD
  • menghargai sistem pendidikan negara
  • meluaskan capaian internet
5. Dari sudut hubungan kaum:
  • meningkatkan perpaduan kaum
  • bersedia bekerjasama
  • saling menghormati
  • saling menghargai
  • menghormati pegangan agama lain
  • menghormati amalan budaya lain
  • menghormati kebebasan beragama
  • menyokong budaya kebangsaan
  • tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud
  • mengamalkan nilai-nilai murni
  • membudayakan gotong royong
  • semangat kejiranan
  • bertolak ansur
6. Dari sudut alam sekitar:
  • menyokong pemeliharaan alam sekitar
  • menyertai kempen alam sekitar
  • menjaga kebersihan 
  • tidak membuang sampah merata-rata
  • menyokong teknolgi hijau
  • mengelakkan pencemaran
  • menjimatkan tenaga
  • menyokong penggunaan tenaga solar
  • menyokong program kitar semula
  • mengelakkan pembakaran terbuka
7. Dari sudut kesihatan:
  • sentiasa bersenam
  • amalan pemakanan yang seimbang
  • amalkan gaya hidup sihat
  • sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan
  • tidak merokok
  • tidak mengamalkan seks bebas
  • hindari penyalahgunaan dadah
ASPEK EKONOMI

8. Dari sudut kemajuan ekonomi:
  • menggunakan semua sumber negara
  • meneruskan kecemerlangan sedia ada
  • bekerja kuat bagi memajukan ekonomi
  • menumpukan kemahiran tinggi
  • menambah bingan pekerja mahir 
  • membina pusat latihan
  • mengurangkan karenah birokrasi
  • berusaha dan produktif
  • mengekalkan kestabilan ekonomi
  • memajukan IKS
  • memajukan industri asas tani
  • memajukan perdagangan antarabangsa
  • menghasilkan produk yang berkualiti
  • memberi bantuan kewangan
  • memberi bantuan mesin/tekologi
  • memberi bantuan teknikal
9. Dari sudut mencari peluang baru:
  • mencari peluang ekonomi baru
  • meluaskan pasaran
  • meningkatkan kajian dan pembangunan (R&D)
  • melakukan inovasi
  • menyediakan kemudahan asas
  • idea bertaraf dunia
  • mampu mereka cipta
  • menarik pelabur luar
  • berani mengambil risiko
  • mengantarabangsakan produk negara
  • menyediakan pelbagai insentif
  • menumpukan kepada k-ekonomi






9 comments:

  1. assalamualaikum ckgu..soalan kbat ny boleh tak jwab dlm bentuk point??

    ReplyDelete
  2. Wslm fatihah fitri. Soalan KBAT lazimnya ditanya dalam sejarah k2 dan k3. Bagi sejarah k2, bhg a(struktur) jawapan kbat boleh ditulis dalam bentuk point. Namun bagi sejarah k2 bhg b (esei) dan k3, jawapan kbat perlu ditulis dalam bentuk esei. 50 peratus markah akan ditolak bagi setiap jawapan betul kbat jika ditulis dalam bentuk point.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum , ckgu . Saya nk tnya ada x jwapan bg org yg mmg da xde idea nk jwab . Jwapan sesuai di gunakan dlm setiap soalan kbat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikirkan jawapan kbat dari segi politik, sosial dan ekonomi..semua jawapan kbat yang munasabah diterima kerana jawapan kbat tidak terikat dengan peraturan pemarkahan. Jangan bg jawapan yang terlalu umum seperti kempen. Huraikan kempen itu dengan jelas berdasarkan tema soalan.

      Delete
    2. Terima kasih cikgu . Bg sy soalan kbkk agak susah berbanding dgn soalan yg 1,2&3 tuu . Itu yg menyukarkan markah penuh dlm soalan.

      Delete
    3. Mana-mana calon spm akan kata demikian. Namun, soalan inilah yang akan membantu kita mencakna jati diri. Bacalah bahagian rumusan dalam buku teks sejarah, lazimnya di akhir setiap bab. Di situ terkandung iktibar, nilai-nilai murni, patriotisme, nasionalisme dsb. Fikirkan jawapan dari semua sudut seperti politik, sosial, ekonomi, nilai murni, geografi. Sebenarnya sejarahlah paling mudah kerna bukan hafal semata-mata tetapi juga fikir dengan munasabah dan dapat markah yang baik.

      Delete
  4. Assalamualaikum,cikgu,dlm kertas 3 selepas pengenalan,ade rangka isi dan huraian,boleh ke klau saye cume tulis isi sahaja tanpa huraian,adekah markah saye akan dipotong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada soalan dan markah yang diperuntukkan. Dalam penulisan Sejarah Kertas 3, ianya berbentuk tugasan yang membenarkan calon merujuk sumber. Disyorkan setiap fakta yang ditulis disokong dengan huraian. Rujuklah sumber anda.Tidak digalakkan hanya tulis fakta sahaja tanpa sebarang sokongan huraian. Jawapan tersebut akan menjadi kaku dan tiada disiplin dalam penulisan Sejarah.

      Delete