SEJARAH SPM

FORMAT PEPERIKSAAN SEJARAH SPM

Surat punca kuasa perlaksanaan format baru Sejarah bertarikh 8hb Ogos 2011, no rujukan KP.LP.003.07.14.01(7) berkuatkuasa pada tahun 2013, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran Sejarah menjadi syarat wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. 

Lihat di 


PERINGATAN: CALON SPM YANG TIDAK HADIR MANA-MANA KERTAS SEJARAH SPM AKAN DIANGGAP TIDAK HADIR BAGI MATA PELAJARAN BERKENAAN. 

Lihat di:

Perubahan format tersebut: 

KERTAS 1

  • perubahan hanya pada pemberatan  iaitu sebanyak 30%.
  • jumlah markah=40.
  • Konstruk yang diukur =mengetahui, memahami, mengaplikasi & menganalisis
  • masa menjawab = 1 jam
  • item lain tiada perubahan.

KERTAS 2

  • perubahan hanya pada bahagian B (esei) iaitu penambahan bilangan soalan menjadi 7 soalan. Sebelum tahun 2013 bilangan soalan esei adalah sebanyak 5 soalan. Calon hanya perlu jawab 3 soalan sahaja yang mana tiap-tiap soalan memperuntukkan 20 markah.
  • pemberatan  bagi kertas 2 adalah sebanyak 50%.
  • jumlah markah =100
  • bahagian A tiada perubahan.
  • konstruk yang diukur=pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, menilai dan menjana idea.
  • masa menjawab= 2 jam 30 minit

KERTAS 3

  • peperiksaan berbentuk tugasan.
  • tugasan tersebut akan diberikan 1 bulan sebelum hari peperiksaan beserta dengan tema/tajuk. Pelajar boleh study tajuk/tema tersebut di rumah/sekolah/dengan guru/perpustakaan [tugasan umum].
  • Pada hari peperiksaan soalan akan diberikan kepada pelajar bersama panduan menulis jawapan dan pelajar boleh merujuk buku/bahan bercetak yang berkaitan seperti buku teks, buku rujukan, bahan ilmiah yang lain yang berkenaan tema/tajuk tersebut. [tugasan spesifik].
  • masa menjawab selama 3 jam.
  • pemberatan adalah sebanyak 20%
  • jumlah markah =100
  • konstruk yang diukur=pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea, nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
RUMUSAN

Skor pelajar:

K1 = (x/40)* 30% = a
K2 = (y/100)*50% = b
K3 = (z/100)*20% = c
Jadi, skor pelajar = a+b+c