KBKK/KBAT SEJARAH SPM

SILA KLIK PADA PAUTAN INI: http://padlet.com/rosnisal/bukukbatsejspm untuk bahan KBAT Sejarah SPM.


INGATAN CHE'GU SEJARAH: 

Sebelum anda mengemukakan soalan KBAT Sejarah Kertas 3 dalam ruangan comment dibawah, chegu syorkan anda sediakan jawapan bagi persoalan tersebut untuk chegu murnikan. Tunaikanlah tanggungjawab anda dengan melaksanakan tugasan umum terlebih dahulu. Kongsikan dapatan kajian tersebut dengan chegu supaya boleh dimurnikan; bukannya minta chegu jawab soalan Sejarah Kertas 3. Proses kajian anda dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan seterusnya menambahkan pengetahuan sejarah sedia ada. Chegu tidak melayani sebarang permintaan untuk menjawab soalan Sejarah K3 melainkan anda sertakan cadangan jawapan/dapatan kajian untuk chegu murnikan.

134 comments:

  1. Salam Chegu Sejarah, terima kasih kerana prihatin. Buat pengetahuan pembaca saya telah kemaskini KBKK bab 6/ting.5..sila rujuk semula laman blog saya..

    Salam mesra dari Chegu Sejarah..Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi saya melalui laman blog ini. Kongsikan kepada mereka yang mingkin memermlukan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudari niesa kerana prihatin. Buat pengetahuan niesa, contoh jawapan kbkk/kbat bagi bab 2/ting 4 adalah merangkumi contoh jawapan kbkk/kbat bab 1/ting4. Ini kerana bab 1 dan bab 2 tingkatan 4 adalah dalam satu tema yang sama iaitu tamadun awal dunia. Ini juga bermaksud bagi jawapan kbat bab 2 ting 4 kita boleh ambil contoh jawapan bab1/ ting 4. Namun begitu, chegu akan cuba membina contoh soalan dan jawapan kbat bab 2 ting 4 dan akan dikemaskink dalam laman blog ini. Sila ikuti laman blog chegu...

    ReplyDelete
  3. 10qqq very much sir salehuddin this helpfull for me..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is my pleasure to guide people like you. Please follow my blogsite. I wish and pray, with all your effort, you shall earn flying color in history examination.

      Delete
  4. thanx alot sir. i was about to ask the sample questions of chapter 2,but i saw one of your comment up there. again thank you for helping out us.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is my pleasure..please follow my blogsite...

      Delete
  5. Terima kasih banyak2 cikgu.. Harap bahan ni dapat membantu sy nak jawab exam.. Barakallahufika :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sofia..sila kongsi dan sebar kepada rakan tentang manfaat laman blog ini. Berkat!

      Delete
  6. cikgu bab 2 form 5 x dak pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pengetahuan calon, jawapan kbat bagi bab 2/ting. 5 adalah sama dengan bab 1/ting. 5 kerana ianya dibawah tema yang sama. Calon boleh mengambil contoh jawapan bab 1/ting 5 sebagai jawapan kbat bab 2/ting. 5. terima kasih kerana prihatin . Chegu akan cuba kemaskini. Sila peka dan prihatin.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih kerna prihatin. Chegu akan kemaskini bab 4 tersebut dengan segera. Sila ikuti laman blog chegu. Insya Allah banyak manfaatnya.

      Delete
    2. Perhatian buat gadis mujahidah, chegu dah kemaskini bab tersebut. Sila ikuti laman blog chegu.

      Delete
  8. Cntoh soalan pasal demokrasi xde ke cikgu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dalam bab demkrasi seringkali diuji kepada calon spm tentang kepentingan pemerintahan kepada sesebuah negara. Namun begitu soalan kbat tentang demokrasi boleh ditanya kepada calon seperti : pada pendapat ands apakah kelebihan pemerintahan demokrasi kepaa sesebuah negara?
      Jawapan:
      -rakyat berkuasa menentukan kerajaan
      -mirip kepada pemerintahan dalam piagam madinah
      -menjamin kebebasan individu mengikut peruntukan undang2
      -kerajaan yang dibentuk merupakan amanah dari rakyat
      -menjamin pemerintahan yang adil dan saksama
      -menjamin keamanan dan kestabilan politik
      -hak rakyat terbela
      -intitusi beraja dikekalkan dan menjadi simbol kedaulatan negara
      -memberi peluang kepada kerajaan untuk berkhidmat kepadaa rakyat
      -dll yg munasabah

      Delete
  9. Bagaimanakan cara utk memastikan pilihanraya berjalan dgn lancar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika soalan tersebut adalah fakta, maka sila rujuk buku teks tajuk pilihanraya, proses pilihanraya. Jika soalan itu kbat maka jawapan sungguh terbuka dan luas. Antaranya:
      -calon dan pengundi pilihanraya mematuhi peraturan2 di tempat mengundi
      -menambah bilangan anggota polis di kawasan parlimen atau dun.
      -pengundi perlu membuat semakan tentang pendaftaran pemilih
      -pengundi keluar awal mengundi
      -mewujudkan kaunter pertanyaan di kawasan mengundi
      -penyokong parti politik perlu bersikap profesional dan bukannya mengikut perasaan
      -menambah bilangan petugas spr di kawasan mengundi

      Delete
  10. Sekiranya anda pemimpin masa hadapan ,bagaimana utk jadikan pendidikam bertaraf dunia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. -mencontohi pendidikan negara maju dan menyesuaikan mengikut acuan malaysia
      -menekankan elemen kbat dalam pelajaran di kelas
      -menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran
      -menyediakan prasarana pendidikan termaju seperti makmal komputer, makmal bahasa dll
      -memperkasakan intitusi perguruan
      -penilaian murid secara menyeluruh merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
      -meneruskan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
      -memperkasakan jawatan pemimpin guru seperti pengetua, guru besar dan gpk
      -meluaskan pengguanan pembelajaran secara maya di sekolah
      -dll yg munasabah

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. 1. bagaimanakah m'sia maju seperti turki uthmaniyah
    2. cabaran yg dihadapi m'sia( berkaitan dgn turki) &langkah2 mengatasinya
    3. faktor kemerosotan turki
    4. sebab2 kemajuan turki
    5. mengapakah merupakan kerajaan yg paling kuat ,luas,maju dlm sejarah
    6. menerapkan ciri2 sistem pemerintahan & pentadbiran kerajaan turki dlm sistem pemerintahan & pentadbiran m'sia masa kini

    * bolehkah cikgu memberi banyak lagi pengetahuan dan kbkk tentang turki uthmaniyah
    ** sila cikgu membalas sebelum hari selesa
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari Joanne Tang, awak perlu belanja chegu ni..banyak yang perlu dijawab. Apa pun Joanne, adalah lebih baik jika cari dahulu jawapannya dan kemudian chegu akan murnikan. Baiklah, berikut merupakan cadangan jawapan chegu:
      1.-mengamalkan sistem kecermerlangan individu dan bukannya berasaskan keturunan
      -pemikiran minda kelas pertama
      -budaya kebersihan diamalkan sebilang masa dan tidak kira peringkat usia
      -menekankan aspek kemajuan lahiriah dan rohaniah
      -mewujudkan rakyat yang bermobiliti sosial yang tinggi

      2. -masalah perpaduan
      -pencerobohan kedaulatan negara
      -menjadi negara maju mengikut acuan sendiri
      -kurang rakyat berminda kelals pertama
      -negara pesisir yang luas

      -menghayati konsep rukun negara
      -memantapkan pertahanan negara dengan mewujudkan zon keselamatan khas
      -menekan kemajuan lahiriah dan rohaniah disamping tidak melupakan budaya orang Timur
      -mewujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek
      -memperkasakan pasukan pertahanan perairian dan agenzi berkaitan

      3. -kelemahan pemerintah yang tidak mentadbir dengan cekap dan mengabaikan perintah Allah
      -terlibat dalam kancah politik dunia iaitu perang dunia pertama yang menyaksikan turki dan sekutunya kalah dalsm prang tersebut
      -empayar yang tersangat luas, menyukarkan pentadbiran
      -salah guna kuasa gabenor-gabenor yang memerintah wilayah masing-masing
      -kemunculan kuasa dunia baru yang lebih kuat seperti us, britain.

      4.-menekankan sistem kecemerlangan individu
      -memiliki pasukan tentera yang ampuh
      -dasar diplomasi dan toleransi terhadap wilayah bukan Islam
      -kaya dengan asimilasi kebudayaan yang menarik
      -mementingkan ilmu pengetahuan

      5.mampu bertahan hampir 600 tahun
      -empayar yang sangat luas merangkumi timur dan barat
      -memiliki barisan pemerintah yang cekap, berwibawa dan patuh ajaran agama
      -menjadi pusat jalinan perdagangan antara timur dan barat
      -pusat pertembungan dengan budaya lain di dunia

      6-memperkukuh perundangan Islam seperti kanun sulaiman
      -mewujudkan jawatan pentadbiran islam seperti kadi dan mufti
      -sistem kecemerlangan individu
      -penubuhan tentera elit seperti janissarri. Malaysis telah menubuhkan pasukan khas seperti komando.
      -mobiliti sosial yang luas

      Delete
    2. belanja chegu terima kasih la betul betul terima kasih chegu

      Delete
  12. mengapa tidak ada bab 7

    ReplyDelete
  13. boleh Tanya apa nilai yang boleh dicontohi Malaysia dari turki uthmaniyah?

    ReplyDelete
  14. ckgu knpe tak de form 4 bab 7 ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telah dikemaskini. Sila lihat di pautan di atas.

      Delete
  15. Terima kasih cikgu , sangat membantu . sangat berharap cikgu boleh memberi tips akhir utk menghadapi peperiksaan sejarah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zara.Semoga berjaya dalam SPM.

      Delete
  16. bolehkah cikgu memberi tips untuk memantapkan soalan kbkk atau kbat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lihat pautan di atas. Disitu chegu ada memuatkan garis panduan menjawab soalan kbat.

      Delete
  17. Apakah itu kestabilan politik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kestabilan politik bermaksud pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yg dilaksanakan dengan adil, aman, tanpa kekacauan, rakyat yang patuh kepada undang-undang serta keharmonian kaum.

      Delete
  18. kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui kerjasama antara kaum.Apakah pandangan anda ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangka jawapan.:Setuju, kerana:
      1.sitem ahli yg terdiri daripada wakil penduduk tempatan yang berbilang kaum untuk memerintah negara.
      2. Pakatan murni iaitu melalui rundingan dan tolak ansur politik
      3. Penubuhqn clc
      4. Pembentukan parti perikatan dan seterusnya menang dlm beberapa pilihanraya bandaran dan negeri.
      5.rombongan kemerdekaan ke london diketuai oleh tunku dan wakil kaum lain.
      6.raja dan orang melayu menerima kerakyatan jus soli sementara org bukan melayu mengiktiraf kedudukan istimewa org melayu dlm perlembagaan.

      Delete
  19. TERIMA KASIH CIKGU ATAS PENJELASAN ITU ! SAYA DARI KULAI , JOHOR .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Chegu juga dahalu pernah berkhidmat di Kulai, Smk Sultan Ibrahim.

      Delete
  20. chegu haruskah kita menyertakan huraian & contoh bersama dengan jawapan kbkk ( FAKTA ) kita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf chegu tidak faham persoalan anda. Cuba tulis semula dengan jelas apakah maksud anda. Adakah ianya berkaitan soalan fakta atau kbat?

      Delete
  21. chegu semasa saya menjawab soalan kbkk mahupun dalam k3 & k2 perlukah saya hendak
    menyertakan huraian & contoh bersama dgn jawapan kbkk yang akan diberikan oleh saya
    berdasarkan soalan kbkk ? Jika tiada huraian & contoh dalam jawapan saya maka , adakah ianya
    akan merosotkan markah saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untk jawapan kbat struktur, memadai isinya sahaja. Tidak perlu huraian. Bagi esei k2 dan k3, boleh huraikan, namun tidak perlu huraian yang mendalam. Contoh: sebagai pemimpim negara, terangkan langkah-langkah berkesan untuk mengekalkan kedaulatan negara.
      Cadangan jawapan:
      Isi: memperkasakan aspek pertahanan negara.
      huraian: melengkapi pasukan pertahanan dengan aset/senjata yang terkini

      Isi:mengekalkal keharmonian kaum
      Huraian: menghayati prinsip rukun negara
      huraian: mengukuhkan perpaduan kaum.

      Delete
  22. CEKGU! Bolehkah beritahu cadangan jawapan bagi soalan kbkk ini ?
    > sejauh manakah , pengamalan sistem demokrasi berparlimen telah berjaya mewujudkan kestabilan
    politik di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara jawapan tersebut:
      -sistem tersebut membolehkan rakyat patuh kepada undang2.
      -sistem tersebut membolehkan rakyat menentukan kerajaan sendiri melalui pilihanraya.
      -raja sebagai simbol perpaduan rakyat, dan rakyat tidak bolehsecara terbuka menyentuh sensitiviti kaum.
      -setiap rakyat dilindungi dan dibicarakan mengikut undang-undang, rakyat juga tidak boleh bertindak mendahului undang2..

      Cuba kaji lagi, kongsikan dengan chegu dan chegu akan murnikan jawapan tersebut.

      Delete
    2. JAWAPAN YANG DICADANGKAN OLEH SAYA ( salah atau betul )
      - sistem tersebut membolehkan menyelsaikan masalah yang wujud di kalangan masyarakat
      melalui perbicangan di parlimen .
      - sistem tersebut membolehkan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pemerintahan & pentabiran secara adil ,saksama dan jujur

      Delete
    3. TERIMA KASIH CHEGU

      Delete
  23. salam chegu..sye nk tnye beberapa soalan :
    a.maksud pentadbiran negara
    b.kepentingan sistem beraja di malaysia
    c.apakah cara memperkukuhkan kedaulatan raja?
    d.apakah cara untk mengekalkan institusi raja?
    e.langkah untk mengekalkan dan memantapkan institusi raja
    mohon jasa baik chegu untk jwb soalan ini..saya perlukan jwpn ini untk exam esok..

    ReplyDelete
  24. mohon jwb please..kalau boleh dlm ayat yg kbat/kbkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chegu sudah jawab persoalan di atas. Sila semak emel anda.

      Delete
    2. ataupun chegu try lagi skali.. email sye nuralisa282001@gmail.com

      Delete
  25. cuba chegu send lagi skali..sbb kat emel saya xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chegu dah sent maklumat. Sila semak inbox anda.

      Delete
  26. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kepada kestabilan politik di Malaysia. Buktikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan anda sama dengan cadangan soalan chegu. Chegu nasihatkan anda cari maklumat terlebih dahulu. Dapatan kajian anda bolehhlah dikongsi engan chegu untuk tujuan pemurnian.

      Delete
    2. Saudari Hasya, chegu masih menunggu maklum balas anda. Baiklah chegu bagi kata kunci.
      -tiada rusuhan kaum
      -pilihan raya dijalankan dengan aman/keputusan diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak.
      -ekonomi negara semakin berkembang.
      -persaingan politik berlaku dengan cara yang sihat.
      -tiada pemimpin yang menyalahgunakan kuasa/tindakan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa.
      -konsep pengasingan kuasa berjalan dengan lancar.
      -semua rakyat adalah dilindungi undang-undang.
      *Sila buat esei lengkap.


      Delete
  27. kbat f4 (bab 6) ~ 1. sbagai seoramg plajar, apakah pranan anda dalm pngisian wawasan 2020 ?
    2. brdasarkan pmerhatian anda, jlaskan kjayaan ngara ksan darpda ketokohan
    pmimpin ngara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.-belajar bersungguh-sungguh
      -patuh dan taat kepada ajaran agama.
      -patuh dan taat kepada ibu bapa.
      -menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi.
      -menuntut ilmu dalam bidang sains dan teknologi.
      -pengamalan minda kelas pertama.
      -memupuk amalan/budaya membaca.
      -mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang kaum.
      -menyemai semangat cinta kepada negara.
      -menyuburkan perasaan patriotik.
      -menjadi modal insan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

      2.-kemerdekaan dapat dicapai.
      -perpaduan dapat dikukuhkan.
      -keamanan dalam negeri dapat dikekalkan.
      -kestabilan politik.
      -ekonomi negara meningkat/pembangunan ekonommi yang rancak.
      -melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
      -ramai golongan profesional muncul seperti usahawan berjaya, taikun2, CEO dsb.
      -kedaulatan dan keselamatan negara dapat dipelihara.
      -suara Malaysia didengari di persidangan antarabangsa seperti dalam perhimpunan agong PBB.
      -Pendirian Malaysia yang teguh dalam mengkritik ketidakadilan antarabangsa seperti isu Palestin dan Dasar Apartheid.
      -

      Delete
    2. tq so much .. esk ada exam akhr thun~~

      Delete
  28. 3) jelaskan cabaran malaysia pda abad ke 21.
    4) nyatakan cdangan untuk mgatasi cbaran di atas
    5) nyatakan nilai2 murni/iktbar drpda kpimpinan khalifah khulafa al rasyidin

    ReplyDelete
  29. cikgu... apa cara cara untuk memperkukuhkan kedaulatan raja dan huraiannya sekali? mohon jasa baik cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangka jawapan:
      -rakyat taat setia kepada raja
      -menggubal undang-undang/memaktubkan kedudukan raja dalam perlembagaan
      -raja dijadikan simbol kedaulatan negara/payung negara.
      -pelbagai adat istiadat raja diraikan seperti pertabalan, keputeraan dan sebagainya.
      -rakyat menghormati lagu Negaraku dan lagu negeri.
      -Raja sendiri menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama.
      -Raja dipilih sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama Islam dan Adat Melayu.
      -Memartabatkan sistem pemerintahan beraja.

      Delete
  30. CONTOH JAWAPAN SAYA BAGI SOALAN YANG DIKEMUKAN OLEH SAUDARI FYRA SALWA .
    SAYA TAK PASTI DGN JAWAPAN SAYA . CIKGU TOLONG MURNIKAN JAWAPAN SAYA .

    SOALAN NO.3
    -Jenayah-jenayah yg berkaitan dgn teknologi iaitu 'JENAYAH SIBER ' akan meningkat.
    -Kesihatan rakyat akan merosot akibat pencemaran alam yang semakin meningkat.
    -Rakyat akan menjadi malas kerana hampir segala kerja-kerja fizikal akan dilakukan oleh robot pada abad
    ke 21.
    -Persaingan antara Malaysia dan negara lain dlm bidang Robotik akan meningkat .
    -Peluang pekerjaan akan berkurangan menjelang abad ke 21.
    SOALAN NO. 4
    -Polis Diraja Malaysia harus menyekat kadar jenayah siber dgn menubuhkan pasukan khas yg mahir dlm
    forensik perkomputeran .
    -Kerajaan harus mengambil langkah intensif dlm mengurangkan pencemaran alam sekitar.
    -Kerajaan perlu memastikan bahawa robot yg melakukan kerja-kerja fizikal dijual dgn harga yg tinggi
    di pasaran supaya tidak dpt dimiliki oleh semua .
    -Kerajaan harus melebihkan institusi-institusi yg menawarkan pendidikan yg berkaitan dgn Robotik.
    -Dasar pengambilan pekerja harus dikemaskinikan seperti selain melihat tahap pendidikan pekerja,
    aspek-aspek lain juga perlu dirangkumi seperti menguji tahap progressif pekerja dlm melaksaankan
    pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice job, Ini lah yang dikatakan perkongsian ilmu. Kita haruslah berlapang dada. saudari Fyra, persoalan anda sudah dijawab.

      Delete
  31. Assalam cikgu..mohon jwpn segera utk beberapa soalan di bwh:-
    1) kepentingan institusi beraja dikekalkan pd masa kini.
    2) ancaman2 yang boleh mjejaskan institusi beraja yang diamalkan pd masa kini.
    3) langkah2 yg relevan ytk memupuk kesedaran kepentingan menjaga institusi beraja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangka jawapan:
      1.-simbol kedaulatan negara.
      -simbol negara dan bangsa Melayu.
      -penjaga kepada Agama Islam dan Adat Melayu.
      -sebagai pelindung kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu.
      -sebagai salah satu bahagian penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

      2.-ancaman anasir luar. cth: serangan pengganas luar terhadap Lahad Datu, Sabah.
      -pihak-pihak yang menghina institusi beraja.
      -institusi beraja dikritik secara terbuka.
      -rakyat tidak taat kepada raja.
      -pengaruh parti politik arus kiri di istana.
      -gaya hidup raja yang terlalu mewah sehingga mengabaikan tanggungjawab.

      3.-menghayati prinsip Rukun Negara.
      -patuh kepada undang-undang negara.
      -menjalankan tugas-tugas sebagai penjawat awam dengan amanah.
      -setia kepada raja dan negara.
      -memperkasakan undang-undang/perlembagaan berkaitan institusi beraja.
      -menubuhkan pasukan keselamatan khas melindungi raja dan keluarga raja sebilang masa. Contoh: Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja.
      -mempelajari sejarah raja-raja Melayu.
      -meraikan hari-hari diraja.

      Delete
    2. assalamualaikum cikgu , saya mendapat soalan umum bertajuk tamadun awal manusia , soalannya bertanya berikan sumbangan dlm aspek politik dan pentabiran pada hari ini , harap cikgu boleh membantu saya . amin :)

      Delete
    3. Rangka jawapan (dalam konteks pemerintahan negara malaysia)
      -sistem pemerintahan beraja.
      -sistem pemerintahan demokrasi.
      -sistem republik.
      -malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
      -iaitu antara pemerintahan yang unik di dunia.
      -bersifat penyertaan tidak langsung iaitu rakyat memilih perwakilan melalui pilihanraya.
      -badan pemerintahan malaysia terdiri daripada badan pemerintahan, badan pelaksana dan badan kehakiman.
      -mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
      -perwakilan akan mewakili parlimen dan dun.
      -ketua negara malaysia ialah yang di pertuan agong.
      -ketua kerajaan ialah perdana menteri.
      -rakyat berhak mengekalkan dan menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.
      -

      Delete
    4. terima kasih atas jawapan itu cikgu . sangat bermanfaat bt saya :)
      cikgu saya masih curiga sama ada TAMADUN AWAL MANUSIA ini bab tingkatan 4 dalam bab 1 atau 2?

      Delete
    5. TAMADUN AWAL MANUSIA ialah tema bagi bab 1, 2 dan 3 tingkatan 4.

      Delete
    6. terima kasih cikgu :)

      Delete
  32. assalamualaikum cikgu , apakah kepentingan sistem beraja di malaysia ?

    ReplyDelete
  33. Rangka jawapan:
    -raja sebagai simbol ketua agama islam dan adat melayu.
    -raja sebagai payung negara.
    -raja sebagai simbol kedaulatan negara.
    -memastikan kelangsungan institusi beraja di malaysia.
    -raja sebagai ketua negara persekutuan malaysia.
    -raja sebagai pelindung hak2 istimewa orang melayu.
    -raja sebagai tempat tumpah setia orang melayu.
    -mengekalkan kelangsungan negara bangsa melayu.
    -raja sebagai simbol perpaduan negara.

    ReplyDelete
  34. b.kepentingan sistem beraja di malaysia
    c.apakah cara memperkukuhkan kedaulatan raja?
    d.apakah cara untk mengekalkan institusi raja?
    e.langkah untk mengekalkan dan memantapkan institusi raja
    mohon jasa baik chegu untk jwb soalan ini..saya perlukan jwpn ini untk exam esok..

    ReplyDelete
  35. cikgu,apakah cabaran untuk mengekalkan institusi beraja

    ReplyDelete
  36. 1.kepentingan sistem beraja di Malaysia
    2.cara cara untuk memperkukuhkan kedaulatan raja
    3.cabaran untuk mengekalkan institusi beraja
    4.langkah untuk mengekalkan dan memantapkan institusi beraja
    cikgu sila berikan saya jawapan secepat mungkin.terima kasih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5.maksud pentadbiran negara
      cikgu send jawapan ke emel saya johnhiew247@yahoo.com

      Delete
  37. assalammualaikum cikgu,
    i) Apakah kepentingan sistem beraja di Malaysia?
    ii) Apakah cara cara untuk memperkukuhkan kedaulatan raja?
    iii) Apakah cabaran untuk mengekalkan institusi beraja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu plz send jawapan kat email saya syahirdanish243@gmail.com
      sbb esok saya prikse sejarah

      Delete
  38. soalan kbat berkaitan dengan zaman bab bab agama islam tingkatan 4 ada tak? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Sila klik pada pautan di atas. Kemudian lihat contoh soalan dan jawapan kbat sejarah spm. Mudah-mudahan ia berguna buat saudara/i.

      Delete
  39. Pada pandangan anda ,adakah kehidupan berorganisasi yg berbentuk pyramid & bersusun lapis yg
    diamalkan pada zaman tamadun awal manusia masih diamalkan di negara Malaysia ? Berikan sokongan kpd
    jawapan anda berdasarkan soalan diatas . ( 5 markah )

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan jawapan
      (ya)
      - raja atau sultan masih diiktiraf sebagai lapisan teratas
      - lapisan kedua masih ialah golongan pembesar
      - rakyat biasa adalah masih tunjang kpd aktiviti ekonomi
      - kumpulan ilmuwan masih disanjung tinggi
      - negara Malaysia dikatakan negara yg mempunyai kestabilan politik & keamanan disebabkan
      kehidupan berorganisasi yg masih diamalkan di negara kita .

      Delete
    2. Chegu bersetuju dengan pendapat anda. Anda boleh murnikan lagi jawapan tersebut seperti "...walaupun terdapat susun lapis masyarakat antara golongan bawahan dan atasan, kedua-dua lapisan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan penuh rasa toleransi dan kasih sayang...."

      Delete
  40. Cikgu yg ini bukan soalan periksa !
    saya selalu tidak dapat menjawab soalan berkaitan dgn nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme
    cikgu boleh menunjukan jalan utk menjawab soalan sebegini .
    CONTOH SOALAN
    Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada sumbangan tamadun awal dalam aspek politik
    yg boleh diterapkan demi kemajuan negara kita .
    PERINGATAN ( CIKGU JANGAN SALAH ANGGAP SAYA TANYA SOALAN PESIKSA , KALAU CIKGU
    RASA SAYA TIPU CIKGU , CIKGU BOLEH TUKAR SOALAN DIATAS KPD SOALAN YG LAIN )

    ReplyDelete
  41. Begini, chegu tak rasa awak tipu chegu sebab soalan yang awak tanya tiada kaitan dengan sejarah spm k3. Baiklah berbalik kepada persoalan anda tadi. Jika soalan kbat itu menguji nilai-nilai murni dan iktibar, sebarang jawapan yang munasabah diterima. Ini bermaksud jawapan boleh dari segi sifat positif diri, sifat patriotik dan juga ekonomi, politik dan sosial. Maka antara cadanagan jawapan yang boleh difikirkan ialah:
    -sentiasa berusaha ke arah kemajuan.
    -brtindak secara dinamik.
    -ilmu pengetahuan asas kemajuan bangsa.
    -dan lain-lain.
    cuba fikirkan lagi jawapan anda. Kongsikan bersama chegu untuk dimurnikan.

    ReplyDelete
  42. cikgu,,bab 10 tingkatan 4 ada x ?
    dan klau buleh sy nk tnya ckgu soalan ini,,
    nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara ?
    boleh cikgu kongsikan jawapan utuk soalan ini kepada saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Anda klik pautan di atas. Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara:
      -jujur dalam perniagaan.
      -tiada penindasan.
      -sabar dan tabah menjalankan perniagaan.
      -kreatif dalam mencuba sesuatu yang baru.
      -inovatif dalam perniagaan.
      -sanggup mengambil risiko.
      -tidak melupakan golongan miskin/susah
      -amalan menderma dan sedekah.
      -bekerja keras untuk berjaya.
      -mana-mana jawapan yang munasabah, sebenarnya apa sahaja nilai-nilai murni boleh diterima, cuma huraikan sahaja dalam konteks perkembangan ekonomi negara.


      Delete
  43. kemunculan tamadun lslam telah mengubah cara hidup masyarakat arab jahiliah kpd kehidupan yg
    lebih teratur secara beransur-ansur & memberi rahmat kpd seluruh manusia sehingga tersebar ke
    negara lain di dunia termasuk negara lain .

    pengetahuan yg diperoleh , iktibar kpd diri , bangsa & negara . Harapan utk masa depan negara kita .

    ReplyDelete
  44. Paling mudah, dala bahagian RUMUSAN Kertas 3 ialah dengan merujuk buku teks di akhir bab, bahagian rumusan, Salin semua teks tersebut. Insya Allah dapat markah penuh.

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum cikgu , saya mendapat soalan umum bertajuk tamadun awal manusia
    # bagaimana perundangan yang adil boleh menjamin keamanan dan kemakmuran negara
    # apakah kejayaan yang dicapai oleh malaysia setelah memanfaatkan sistem perundangan yang adil
    # cabaran yang dihadapi oleh malaysia sebagai negara yang aman dan langkah-langkah mengatasinya
    # nilai-nilai murni dan iktibar daripada sistem perundangan yang adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chegu cadangkan anda buat kajian terlebih dahulu. Kemudian kongsikanlah dapatan kajian anda dengan chegu untuk tujuan pemurnian.

      Delete
  46. 1)mengapakah terdapat pelbagai parti politik di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab negara mengamalkan amalan demokrasi berparlimen.

      Delete
  47. Asalamualaikum cikgu soalan saya , mengapakah terdapat pelbagai parti politik di Malaysia ? 2) peranan untuk memperkasakan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia 3) kepentingan penggunaan mata wang di Malaysia ?

    ReplyDelete
  48. Chegu sarankan anda cari maklumat dahulu. Sama ada betul atau salah, itu tidak menjadi masalah. Chegu akan murnikan.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum cikgu ini soalan saya, Mengapakah kita mesti mencontohi pembinaan Negara Islam di Madinah dalam pembinaan Negara bangsa kita? boleh tak cikgu tolong murnikan jawapan saya dan berikan jawapan tambahan :)

    Mengapakah kita mesti mencontohi pembinaan Negara Islam di Madinah dalam pembinaan Negara bangsa kita?
    Contoh jawapan saya :
    -kerana ia tebina dengan kerjasama dan pemuaakatan antara pemimpin dan rakyat
    -terbentuk melalui cara diplomasi dan musyawarah
    -penyatuan penduduk pelbagai kaum dapat disatukan tanpa peperangan dan kekerasan
    -tidak terbina dengan tipu helah atau perbuatan negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Sebenarnya anda sudah ada kbat sejarah dan tidak menjadi masalah untuk menjawab soalan tersebut. Baiklah antara cadangan jawapan tambahan ialah:
      -negara madinah ditadbir berpandukan piagam madinah yang mencakupi semua bidang.
      -piagam madinah mengambil kira kepentingan semua kaum di madinah.
      -masyarakat madinah dianggap sebagai satu ummah yakni masyarakat yang bekerjasama, bersatu padu, tolong menolong dan tolak ansur.
      -piagam madinah digubal dahulu sebelum membina negara bangsa madinah.
      -negara madinah dibina berdasarkan tolak ansur politik dan tanpa pertumpahan darah.

      Delete
    2. Terima kasih cikgu. saya ada soalan lain yang nk ditanyakan, boleh cikgu murnikan jawapan saya
      Sebagai golongan remaja, jelaskan bukti ketaatan anda kepada raja, pemimpin dan Negara.
      Jawapan :
      -saya akan mematuhi segala undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan
      - saya akan menghormati konsep raja berperlembagaan
      -saya akan belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk membantu menaikkan nama negara dan ekonomi negara
      - saya akan menghormati konsep rukun negara
      -saya tidak akan sesekali membuat provokasi yang boleh menjatuhkan kerajaan

      Delete
    3. Kelima-lima jawapan tersebut adalah munasabah. Tahniah. Antara cadangan jawapan tambahan ialah:
      -menjadi modal insan yang berguna kepada negara dan bangsa.
      -menunaikan tanggungjawab kepada negara seperti membayar cukai pendapatan, membayar balik pinjaman pendidikan dsb.
      -menabur bakti kepada rakyat dengan berkhidmat sebagai penjawat awam.
      -berpolitik secara sihat.
      -menyokong segala dasar kerajaan.
      -tidak melibatkan diri dalam perkara yang negatif dan tidak sihat.

      Delete
  50. cara pertembungan tamadun boleh berlaku hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertembungan tamadun boleh berlaku dari segi politik, ekonomi, budaya, ilmu, teknologi dan kepakaran. Cuba huraikan lagi isi-isi tersebut.

      Delete
  51. Selamat petang cikgu. Boleh cikgu tolong saya dengan soalan ini? "Bagaimanakah kita memanfaatkan Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dalam kestabilan politik dan sosial di Malaysia?" Terima kasih.

    ReplyDelete
  52. Cikgu saya ade soalan yang nak tanya :-

    1) Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermoral ?
    2) Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermoral ?
    3)Mengapakah nilai murni amat penting bagi negara Malaysia ? .

    Boleh tak cikgu tolong jawab soalan saya di atas . Ni soalan exam saya isnin ni :) . cikgu boleh send jawapan dekat Email saya : nroszeman@gmail.com . Terima Kasih Cikgu :) .

    ReplyDelete
  53. Sebagai golongan remaja bagaimanakah anda membuktikan ketaatan anda kepada raja pemimpin dan negara?

    ReplyDelete
  54. Helmsman iktibar yang boles diambil daripada se jarrah kegemilangan kesultanan melayu Melaka untuk kegemilangan bangsa dan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  55. Panda pandangan anda apakah warisan kesultanan melayu Melaka yang masih Kemal Salam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya beberapa soalan antaranya :
    1. maksud semangat kebangsaan.
    2. nyatakan 10 peranan dan tanggungjawab rakyat ini dalam mengekalkan keamanan negara.
    3. jika anda sebagai pemimpin negara berikan 10 cara anda memimpin untuk kemajuan pentadbiran negara.
    4. berikan 10 iktibar yang diperolehi daripada penjajahan kuasa asing di negara kita.

    ReplyDelete
  57. Seperti yang chegu tekankan, anda diminta membuat kajian dahulu dalam tugasan umum sejarah k3. Kemudian murnikan jawapan tersebut kepada chegu.

    ReplyDelete
  58. Seperti yang chegu tekankan, anda diminta membuat kajian dahulu dalam tugasan umum sejarah k3. Kemudian murnikan jawapan tersebut kepada chegu.

    ReplyDelete
  59. Huraikan sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia. chegu cukup tak untuk 30 markah?

    F1 Undang-Undang
    H1a memperkenaklan Kod Undang-Undang Hammurabi
    H1b merupakan undang-undang yang tertua di dunia
    H1c mempunyai 282 undang-undang/hukuman meliputi semua aspek kehidupan
    H1d hukuman dikenakan berbeza mengikut lapisan masyarakat
    H1e prinsip undang-undang ialah hukuman setimpal dengan kesalahan
    H1f tekankan perikemanusiaan dan hak individu
    H1g undang-undang ditulis pada tiang-tiang besar dan tinggi untuk tatapan rakyat
    H1h undang-undang berjaya mengelakkan permasalahan di kalangan rakyat/kaum/susun lapis

    F2 siatem tulisan
    H2a memperkenalkan tulisan cuneiform/berbentuk pepaku
    H2b sistem tulisan telah mewujudkan sistem pendidikan
    H2c melahirkan jurutulis
    H2d jurutulis merekodkan/mencatat urusan pentadbiran dan perniagaan
    H2e kegiatan perdagangan disertakan resit,nota dan surat kredit
    H2f melahirkan tradisi kesusasteraan yang hebat
    H2g Epik Gilgamish adalah hasil sastera yang unggul/tertua di dunia
    H2h epik mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia

    F3 Astronomi
    H3a pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari
    H3b membawa kepada perkembangan ilmu matematik
    C3b sistem mengira perpuluhan, tambah, tolak, bahagi, darab, punca ganda dua
    H3c membawa kepada perkembangan ilmu geometri
    H3d membolehkan mereka menggunakan jalan laut
    H3e mencipta kalendar berasaskan sistem solar
    H3f mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
    F4 Perubatan
    H4a 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan telah dikatalogkan
    H4b penggunaan ubat-ubatan telah disampelkan
    H4c mencatat kaedah perawatan penyakit

    F5 kemajuan penciptaan
    H5b penciptaan roda untuk pengangkutan
    H5c roda digunakan untuk menghasilkan kereta kuda
    H5d kereta kuda diguna semasa peperangan atau ketika aman
    H5e mencipta kincir air untuk pengairan
    H5f meningkatkan pengeluaran
    H5g mengawal banjir
    H5h penciptaan pengangkutan terawal di dunia
    C5h1 penggunaan kapal layar menguasai jalan laut
    C5h2 pengangkutan beroda menguasai jalan darat
    H5i membuat batu bata daripada tanah liat
    H5j mencipta arca dan tiang batu
    C5j arca Patung Raja Gudea

    ReplyDelete
  60. selamat pagi chegu :) chegu, tolong murnikn jawapan saya bg soalan ini.
    Andaikan Negara kita muncul seorg dictator yg ingin memusatkn kuasa pemerintahan, apakah cara yg dpt menghalang tindakannya?

    - merujuk kpd yang dipertuan agong yg mempunyai kuasa utk mghalang org itu
    -rakyat bersatu padu mengadakn demonstrasi secara aman utk menentang
    -menyuarakan bantahan kpd PBB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya agak mustahil bagi negara kita muncul seorang diktator kerana diktator lazimnya akan menggunakan strategi menguasai angkatan tentera/rakyat buruh untuk menggulingkan kuasa. Walaubagaimanapun semuanya mungkin terjadi. ketiga-tiga cadangan jawapan itu tepat, chegu hanya tambah beberapa lagi cadanngan jawapan iaitu:
      -menahan diktator tersebut di bawah akta hasutan.
      -menasihati diktator tersebut jika ingin mendapatkan kuasa politik perlu melalui cara yang sah iaitu melalui saluran demokrasi. Syorkan kepadanya untuk menjadi calon/ahli politik dan bertanding dalam pilihan raya.
      -jika diktator telah menggulingkan kuasa, rakyat perlu melancarkan gerakan nasionalisme.
      -sultan/raja perlu bersatu menentang ancaman diktator tersebut.

      Delete
    2. Terima kasih chegu atas cadangan tambahan :)

      Delete
  61. Ckgu . Apakah peranan rakyat untuk mengekalkan kedaulatan ? Please . Isok sya exam . Pt2 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sahaja. antara rangka cadangan jawapan tersebut:
      -menuntu ilmu.
      -berkhidmat dalam pasukan keselamatan
      -bersatu padu
      -bekerjasama antara masyarakat
      -memupuk nilai murni dalam kehidupan.
      -mengekalkan kestabilan politik
      -mengamalkan konsep wasatiyah dalam kehidupan seharian
      -mengamalkan konsep gagasan 1 Malaysia
      -mengamalkan integriti sebagai penjawat awam
      -berkhidmat demi negara
      -menguatkusakan peraturan/undang-undang sempadan negara
      -memperkasakan pasukan keselamatan negara

      Delete
  62. bagaimanakah cara memimpin untuk kemajuan pentadbiran negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangka Jawapan:
      -menekankan konsep musyawarah atau syura
      -menekankan amalan permuafakatan
      -kepimpinan melalui tauladan
      -mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian
      -tolak ansur dalam perkara berkepentingan kaum
      -tegas menolak kepimpinan yang tidak sihat/tidak berintegriti
      -meletakkan KPI sebagai kayu ukur kemajuan negara
      -memahami visi dan misi pentadbiran
      -mengenalpasti bidang keberhasilan utama negara (NKRA)
      -mentadbir berasaskan hukum syarak
      -mentadbir mengikut perlembagaan sedia ada
      dan lain2 yang munasabah.

      Delete
  63. cgu esk sy exam sej k3 tg4..bleh tlg sy jwb soalan KBAT ni x???..jelaskan cabaran yang dihadapi oleh malaysia untuk melaksanakan intisari piagam madinah di malaysia..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory x bace awal2 ingatan cgu sejarah kt atas!!!...adakah akan berlaku permusuhan sesama sendiri juga merupakan cabaran malysia dlm mlksanakan intisari piagam madinah di malaysia..??? konfuse..

      Delete
    2. Maafkan chegu lambat reply kerana chegu terlalu sibuk dengan urusan students sejarah chegu , penulisan buku dsb.chegu sarankan jika ada persoalan atau kemuyskilan harap dapat diajukan lebih awal dari kehendak anda sendiri. Memang tidak sempat untuk chegu reply dalam masa semalaman kerana kekangan tugas chegu sendiri lebih-lebih lagi spm sejarah makin hampir.
      baiklah chegu ulas jawapan saudara,
      Tidak mustahil berlaku permusuhan antara satu sama lain jika melaksanakan intisari piagam madinah dan itu juga salah satu cabaran!
      chegu tambah:
      -malaysia mengamalkan undang-undang yang digubal oleh lord reid dan kita telah biasa dengan amalan ini. dalam perlembagan persekutuan menyatakan mana-mana pelembagaan yang bercanggah dengan perlembagaan persekuatan adalah tidak sah dan trbatal engan sendirinya.
      -tidak mendapat sokongan parti-parti politik.
      -ada pihak yang lebih senang dengan corak pemerintahan secara sekular.
      -masyarakat malaysia yangberbilang kaum mungkin sukar menerima perubahan ini kerana perbezaan agama serta budaya.
      -masyarakat malaysia yang kurang bersatu padu
      -tidak mendapat sokongan daripada pemerintah semasa.
      -malaysia mungkin akan disishkan oleh negara barat kerana mengamalkan pentadbiran islam mengikut hukum syarak.

      Delete
  64. chegu,dlm spm kertas 2 adakah setiap tema memang akn keluar dlm esei?
    bagaimana pula dgn struktur?

    ReplyDelete
  65. Maaf, itu di luar bidang/pengetahuan chegu. Chegu hanya buat analisis 5 tahun peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian chegu, tema yang sudah keluar mungkin tidak akan diuji. Walaubagaimana pun, SPM telah berlangsung hampir 15 tahun. Ini bermaksud tema yang sudah diuji boleh keluar sekali lagi. Chegu nasihatkan supaya calon menumpukan topik-topik yang chegu tekankan dan jangan sesekali abaikan topik-topik yang lain. Sila lihat laman blog ini, lihat menu dan klik FOKUS SPM 2014.

    ReplyDelete
  66. Terima Kasih atas bimbingan cikgu...^^

    ReplyDelete
  67. Salam sejahtera cikgu! Bagaimanakah kita memanfaatkan proses meluluskan undang-undang di parlimen dalam kestabilan politik dan sosial di negara kita? Thank you cikgu in advance!

    ReplyDelete
  68. salam cikgu..buktikan pilihan raya di negara ita dilakukan secara adil? boleh cikgu tolong saya? :)

    ReplyDelete
  69. cikgu, saya nak tanya....apa maksud jentera pentadbiran dalam bab 7 ting. 5...?? macam Badan Perundangan, Badan Pemerintahan dan Badan Kehakiman ke?

    ReplyDelete
  70. chegu tahun depan saya akan hadapi spm . oleh itu , semasa cuti sekolah ini saya hendak membuat
    ulangkaji sejarah tingkatan 4 terutamanya , bahagian esei . Disini saya ada satu soalan , chegu cara paling
    baik utk mahir dlm bahagian esei adakah dgn menghafal isi dlm buku rujukan ataupun ada cara yg lebih
    efisien ? chegu tolong tujuk ajar kpd saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya hafalan bukanlah disiplin utama dalam pengajian sejarah. Bagaimana kita menghafal sesuatu fakta tanpa memahami konsepnya? Sukar bukan? Hafalan tentu jadi mudah sekiranya kita faham konsep sejarah. Bagaimana pula kita hendak memahami konsep sejarah? Ia berbalik semula kepada diri kita. Di sini chegu cadangkan teknik memahami konsep sejarah:
      1. Murid perlu mengetahui objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran. Rujuklah buku teks dan guru sejarah anda.
      2. Kenal pasti konsep sejarah yang dipelajari dalam satu-satu topik.
      3. Cerakinkan konsep sejarah tersebut dalam bentuk i-THINK, peta minda, teks berilustrasi dsb.

      Pembinaan konsep sejarah yang menarik dapat merangsang daya pemikiran dan seterusnya akan meningkatkan daya ingatan dan hafalan. Sebagai contoh cuba lihat karya chegu dalam laman blog ini iaitu MENU, klik CHE'GU SEJARAH SKETCHES.

      Ilmu sejarah ini adalah berkaitan dengan masa lalu, maka adalah lebih mudah jika kita dapat gambarkan peristiwa/konsep sejarah itu dengan ilustrasi dan teks yang menarik seperti cadangan chegu di atas.

      Chegu juga syorkan anda untuk membaca penulisan chegu dalam blog ini iaitu di MENU, klik TEKNIK BELAJAR SEJARAH SPM.

      Semoga sukses. Wallahualam.

      Delete