SEJARAH SPM

CARA MEMUAT TURUN/MENCETAK BAHAN PELAJARAN

Laman blog Tanya Che'gu Sejarah merupakan laman blog akademik yang interaktif serta padat dengan bahan-bahan pelajaran yang dihubungkan kepada beberapa aplikasi multimedia. Chegu banyak menerima pertanyaan daripada pelajar-pelajar dan guru -guru berkenaan dengan cara memuat turun/mencetak bahan-bahan pelajaran tersebut. Disini, chegu sediakan beberapa garis panduan untuk memuat turun bahan pelajaran:


  1.  Bagi bahan pelajaran yang dihubungkan kepada aplikasi padlet:
  • Klik pada mana-mana bahan-bahan pelajaran yang dikehendaki dalam padlet untuk melihat paparan.
  • Bagi fail Word,Powerpoint dan pdf, sila klik 'view original' (atas kanan) untuk memuat turun bahan pelajaran dalam komputer anda. Setelah selesai muat turun, buka fail tersebut dan cetak seperti biasa.
  • Bagi fail imej seperti .bmp/.jpg dll, sila klik pada mana-mana bahan-bahan pelajaran yang dikehendaki dalam padlet untuk melihat paparan. Kemudian klik 'view original'. Setelah imej dipaparkan anda boleh memilih sama ada untuk save imej tersebut atau cetak imej tersebut.
    2.  Bagi bahan pelajaran dalam platform laman blog:

  • Hanya 'highlight' (hold left button mouse) pada bahan pelajaran, pilih copy dan seterusnya paste dalam Word. Cetak seperti mencetak dokumen Word yang biasa.
   3.  Bagi bahan pelajaran yang dihubungkan kepada laman web lain (link):
  • Sila ikuti panduan memuat turun laman web berkenaan.