SEJARAH SPM

Saturday 15 November 2014

TERIMA KASIH KERANA MENJADI ANAK MURID CHE'GU!



Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM, khususnya anak murid chegu Ting. 5 SMK Jengka Pusat 2, Bandar Jengka, Pahang.

Dengan berakhirnya kertas Sejarah 3 pada hari Khamis yang lalu (13/11/2014), maka Kelas Sejarah Tingkatan 5A, 5B, 5C dan 5D tahun 2014 dibubarkan. Terima kasih kerana anda semua memberi kenangan manis, suka dan duka dan rasa kebersamaan sama ada dalam situasi sukar dan senang.

Halalkan segala pengajaran chegu dan minta maaf jika terdapat kesilapan pengajaran, terkasar bahasa dan perbuatan. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan itu sangat berat dan pilu bagi chegu tetapi itulah hakikat kehidupan. Chegu perlu teruskan perjuangan dan begitu juga dengan anda semua. Capailah kegemilangan demi kegemilangan dan ingatlah pesan chegu ini, "diri anda disayangi".


TERIMA KASIH KERANA MENJADI ANAK MURID CHEGU. 
#bila diri disayangi

Students 5B dan 5D

Students 5A, 5B dan 5C

Students 5B dan 5D

Students 5B dan 5D

Students 5A










Sunday 2 November 2014

SELAMAT BERJUANG MENEMPUHI SPM 2014

Che'gu Sejarah mendokan semoga calon sukses dalam SPM
Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM yang chegu kasihi.

Esok merupakan hari penting buat semua calon SPM. Tempuhilah hari-hari tersebut dengan iman serta penuh rasa tawakkal kepada Allah. Chegu percaya anda semua telah berusaha dengan gigih, Insya Allah, Allah akan menolong orang yang ikhlas.

Jagalah keselamatan diri dalam bulan peperiksaan ini, giatkan ibadah kepada Allah dan kepada-Nya kita berserah.

Selamat berjuang dan semoga sukses!