SEJARAH SPM

Monday 4 August 2014

STUDY SMART: SATU TANGGAPAN SALAH YANG PERLU DIBETULKAN

Salam Chegu Sejarah buat semua calon SPM 2014.

Seringkali kita dengar ungkapan study smart  lebih-lebih lagi bulan-bulan terakhir sebelum SPM. Adakah kita mengetahui maksud sebenar study smart? Ramai calon mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang ungkapan ini yang seterusnya mempengaruhi tingkah laku belajar calon. Di ruangan ini chegu ingin betulkan semua salah anggapan itu.

Study Smart ialah satu amalan pembelajaran yang sistematik serta menyeluruh yang merangkumi pembelajaran dalam kelas dan luar kelas serta memberi impak yang berkesan. Chegu berpegang kepada prinsip tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Jadi study smart bukanlah jalan pintas untuk belajar apatah lagi untuk berjaya dalam akademik. Study smart juga bukan kerana kepandaian atau genius murid itu sehingga tidak perlu ulangkaji. Study smart juga bukanlah semata-mata perlu pergi kelas tuisyen.

Bak kata pepatah Barat, "puncak Everest tidak dapat ditawan dalam masa sehari". Begitulah dalam pelajaran. Anda perlu berusaha mengikut landasan dan cara yang betul. Studi secara bijak ini merangkumi input pembelajaran kita dalam bilik darjah (sekolah) dan input pembelajaran luar bilik darjah (rumah, lawatan, virtual learning dll) dan outputnya ditunjukkan dalam peperiksaan/pentaksiran. Ini bermakna ada jadual pelajaran di sekolah dan rumah dan diterapkan dengan penuh dedikasi dan konsisten. 

Ia juga melibatkan beberapa disiplin teknik pembelajaran seperti ansur maju, kontekstual, perbincangan, kemahiran berfikir aras tinggi dan sebagainya.

Tulisan chegu ini berdasarkan pengalaman chegu sebagai seorang murid. Chegu tidak dianugerahkan kelebihan IQ yang tinggi/genius. Chegu bergantung kepada kerja keras, rapi dan tidak mudah mengalah. Atas faktor itulah chegu menulis Teknik Belajar Sejarah SPM dalam laman blog ini sebagai kemudahan untuk calon mempelajari kaedah belajar yang cemerlang. Untuk pengetahuan semua, bidang Sejarah bukanlah bidang keutamaan chegu di peringkat awal tetapi kini chegu boleh kongsikan segala ilmu berkenaan Sejarah kepada semua calon. Sejarah telah menjadi darah daging chegu.

Rumusnya, study smart perlulah betul pada caranya, sesuai dengan istilah smart itu sendiri dan Insya Allah, calon akan memperoleh keputusan yang cemerlang dengan konsep study smart yang betul.

Semoga lulus, berjaya dan cemerlang!